top of page

Mansuh skim pencen: Cadangan baik stabilkan kewangan negara, tunggu keputusan rasmi



Oleh: Abdullah Zaid


Hasrat kerajaan melakukan reformasi pencen terhadap lantikan penjawat awam baharu bagi mengurangkan perbelanjaan pembayar cukai sememangnya suatu keperluan.


Malah bekas Ahli Parlimen (MP) Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga mantan Menteri Belia dan Sukan mengesahkan bibit-bibit reformasi pencen itu telah bermula pun pada 2015 iaitu sewaktu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.


Menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’, bekas Ketua Pemuda UMNO itu mengakui cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk penjawat awam baharu tanpa melibatkan kakitangan awam sedia ada telah dikemukakan sejak hampir sedekad lalu untuk mengimbangi fiskal negara.


Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar yakin skim saraan tidak berpencen kakitangan kerajaan yang akan diperkenalkan sedikit masa lagi mampu menstabilkan kewangan negara pada masa hadapan.


"Sistem pencen sedia ada menelan RM30.5 bilion atau 8 peratus belanjawan (berjumlah) RM389 bilion tahun ini.


"Perbelajaan itu meningkat RM3 bilion berbanding belanjawan 2021 dan dijangka meningkat kepada RM46 bilion pada tahun 2030.


"Oleh itu, langkah memperbaharui skim (saraan) semasa wajar dibuat untuk mengelakkan jurang fiskal negara menjadi lebih besar," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Bagaimanapun, Onn menyeru orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi terburu buru berhubung skim pemansuhan pencen terhadap penjawat awam tersebut.


Katanya, sistem berkenaan masih belum diputuskan di peringkat Kabinet, ianya juga belum diputuskan dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibahas dan diluluskan.


"Persidangan Parlimen belum bahas lagi mengenai isu pemansuhan pencen ini, jadi kita minta semua orang untuk bersabar dan tunggu dahulu keputusannya nanti," kata beliau lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page