top of page

Mansuh harga kawalan ayam, telur: Apa solusi buat masyarakat terpinggir?



Tindakan kerajaan BN - PN memansuhkan harga kawalan siling bagi ayam, telur dan minyak masak botol mulai 1 Julai ini memperlihatkan 'hilang kawalan' kerajaan terhadap barang keperluan utama di Malaysia.


Menurut Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Sangetha Jayakumar, tindakan itu kontra dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah Singapura yang mengumumkan pakej bantuan ekonomi bernilai SGD1.5 bilion untuk rakyatnya baru baru ini.


"Jelas di sini pihak Kerajaan Malaysia bukan sahaja telah hilang kawalan terhadap situasi pembekalan dan pengawalan harga makanan tetapi pada masa yang sama Kerajaan juga tidak memahami beban dan kesan harga makanan yang melambung tinggi terhadap rakyat.


"Apabila harga siling ayam dan telur dimansuhkan, ia akan mencetuskan satu “ripple effect” kepada harga makanan lain dan makanan diproses, terutamanya industri makanan dan minuman .


"Anggapan bahawa harga ayam tidak akan melambung lebih daripada angka yang disebutkan oleh 'pihak industri' adalah satu falasi dan tidak tepat. Kerajaan tidak akan dapat memberi jaminan setinggi mana harga ayam dan telur ayam akan naik kerana ia sekarang bergantung kepada pasaran untuk menentukan," katanya.


Tambah Sangetha, kerajaan tidak sepatutnya bermain dengan angka inflasi 2 - 3.3% yang kononnya masih rendah untuk menjustifikasikan pemansuhan subsidi kepada rakyat.


Tambah beliau, biar pun kadar inflasi keseluruhannya rendah namun inflasi bagi makanan telah pun mencecah 6 - 10%.


"Jumlah peningkatan ini, yang sudah sedia wujud, ditambah dengan peningkatan harga yang akan datang pada bulan Julai, maka kita akan lihat krisis makanan berlaku, di mana keluarga B40 dan keluarga yang diketuai oleh wanita (women-headed-household) tidak akan cukup wang untuk membeli makanan bagi rumahtangga mereka.


"Barangkali untuk mengatasi cabaran ini, jenis makanan yang dibeli oleh keluarga yang berada di bawah tekanan ini akan berubah kepada makanan yang tidak seimbang, tidak sihat dan pastinya tidak mencukupi," katanya.


Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Wanita Nadi Selangor berkata, sepatutnya Kerajaan BN - PN ketika ini mencontohi tindakan kerajaan Singapura yang jauh lebih kaya tetapi masih prihatin untuk memberikan bantuan ekonomi rakyatnya.


Justeru Sangetha mencadangkan agar kerajaan memberi lebih banyak kepada penerima bantuan sedia ada dan memikirkan bantuan tertentu untuk keseluruhan rakyat.


"Maka untuk mengurangkan kesan harga makanan yang tinggi, penerima-penerima bantuan bulanan seperti Kebajikan atau Zakat harus diberikan penambahan bayaran yang diterima untuk membantu mereka melalui waktu yang sangat mencabar ini. Bantuan yang diberikan perlu diberi secara bulanan dan bukan ‘one-off’.


"Kerajaan juga mempunyai tanggungjawab besar untuk mengambil langkah lebih proaktif bagi memastikan golongan masyarakat yang paling tertindas seperti wanita, kanak-kanak dan golongan OKU menerima bantuan secara saksama dan secepat mungkin," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page