top of page

Mansuh AUKU: Selepas 55 tahun, hanya PM Anwar berani lakukan - Ahli akademik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) memanifestasikan kejayaan perjuangan panjang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membebaskan suara mahasiswa.


Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali (gambar) berkata, perjuangan untuk memansuhkan AUKU berlangsung sejak beberapa dekad lalu namun hanya Kerajaan MADANI dan PM Anwar yang berani mengambil langkah berkenaan.


Pemansuhan akta itu juga menurutnya turut mempunyai nilai simbolik yang tinggi kepada PM memandangkan beliau sendiri pernah memperjuangkan isu tersebut ketika bergelar mahasiswa pada era 1970an lalu.


"Tidak ada kerajaan sebelum ini yang berani menghapuskan AUKU. Gerakan mahasiswa sejak beberapa dekad memperjuangkan penghapusannya dan hari ini ternyata ia sudah dihapuskan.


"Ini juga satu kemenangan kepada Anwar Ibrahim kerana perjuangan beliau sebagai mahasiswa dahulu," katanya dipetik laporan media.


Anwar yang juga Presiden KEADILAN ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional 2026 di Melaka pada Sabtu lalu mengumumkan kerajaan akan memansuhkan AUKU.


Beliau turut menegaskan akta tersebut dimansuh secara keseluruhan dan tidak akan digantikan dengan undang-undang baharu yang mengongkong mahasiswa.


Sementara itu, Dr Mazlan melihat pemansuhan AUKU bukan sahaja memberi ruang lebih luas kepada mahasiswa malah mampu meningkatkan keyakinan golongan berkenaan terhadap kerajaan.


"AUKU sebelum ini dilihat sebagai antara perkara yang mengehadkan kebebasan mahasiswa untuk menyuarakan pandangan serta menjalankan aktiviti di institusi pengajian tinggi," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page