top of page

Mano ado lumpuh - KEADILAN Cabang Jempol


KEADILAN Cabang Jempol menafikan dakwaan bahawa cabang itu lumpuh kerana semua ahlinya keluar parti, sebaliknya cabang itu menerima lebih 100 keahlian baharu.


Malah, Naib Ketuanya, Rebin Birham berkata Cabang Jempol mengadakan pelbagai aktiviti seperti biasa, tidak seperti apa yang didakwa oleh tujuh bekas AJK Cabang Jempol.


“Tindakan tujuh bekas AJK Cabang Jempol ini mengumumkan keluar parti tidak mengejutkan, sebaliknya sudah dijangka kerana tiga orang daripada mereka termasuk bekas ketua Cabang Jempol, Karip Mohd Salleh sendiri sudah pun dikenakan tindakan disiplin parti terlebih dahulu dan digantung keahlian mereka sehingga mereka keluar parti.


“Justeru, saya bersama AJK Cabang Jempol masih kekal dan setia bersama KEADILAN Jempol dan ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa Cabang Jempol telah lumpuh.


“Mana mungkin KEADILAN Cabang Jempol boleh lumpuh apabila hanya tujuh daripada 26 AJK Cabang Jempol yang umum keluar parti.


“Digambarkan juga dalam media sosial, kononnya 20 anggota Cabang Jempol telah keluar parti. Apakah Cabang Jempol yang memiliki lebih 4,000 anggota akan lumpuh apabila 20 orang anggotanya keluar parti?


“Kami tidak tahu sifir politik dan matematik apa yang diguna pakai untuk propaganda tidak masuk akal ini. Mano ado lumpuh,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Negeri Kita.


Rebin yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan mengumumkan beberapa ranting baharu.


“Kami meneruskan sebahagian daripada aktiviti yang telah diatur lama, dengan seramai 107 anggota KEADILAN yang baru menyertai parti telah menyerahkan borang keanggotaan kepada Setiausaha MPN.


“Sebanyak lima buah ranting juga telah dirasmikan, iaitu Ranting Palong 4, Ranting Palong 5, Ranting Palong 9, Ranting Palong 14, 15 dan 16 dan Ranting Serting Hilir 4.


“Menariknya Ranting KeADILan Serting Hilir 4 merupakan ranting baharu di tanah rancangan Felda yang didiami oleh Karip sendiri,” katanya.


Rebin turut mengeluarkan kenyataan media dengan menyatakan bahawa KEADILAN Cabang Jempol akan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Aminuddin Harun.


"KEADILAN Cabang Jempol tidak terjejas sama sekali dan berfungsi seperti sediakala malahan akan terus fokus kepada agenda REFORMASI yang merupakan idealisme perjuangan KEADILAN.


"Justeru, KEADILAN Cabang Jempol akan merangka gerak kerja baharu berbekalkan semangat baharu dan buah fikiran yang lebih segar dan matang dalam mendepani masalah rakyat.


"Semoga KEADILAN Cabang Jempol terus kukuh dan maju jaya..REFORMASI!!!" katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page