Manivanan ucap tahniah kepada Rafizi, terima kasih buat penyokong



Mantan calon Naib Presiden KEADILAN, Manivanan Gowin mengucapkan tahniah atas perisytiharan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden KEADILAN yang baharu, semalam.


Beliau juga dengan itu mengucapkan penghargaan kepada para penyokognya yang memberikan sokongan sepanjang kempen merebut jawatan naib presiden.


"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua anggota KEADILAN yang telah mengundi dan menyokong saya dalam Pemilihan KEADILAN 2022 untuk jawatan naib presiden. Saya telah menduduki tangga ke 5, dan hanya 4 yang tertinggi akan menjadi Naib Presiden. Maksudnya, walaupun terlalu hampir untuk kemenangan, namun rezeki bukan milik saya.


"Dalam pertandingan 17 penjuru untuk jawatan itu, berhadapan dengan pemimpin pemimpin yang berkaliber, merupakan perkara yang sukar.


"Namun, saya amat menghargai setiap undi dan sokongan yang diberikan kepada saya. Kedudukan ke 5 daripada 17 peserta merupakan satu amanat dan kepercayaan oleh keluarga KEADILAN kepada saya


"Sekalung penghargaan dan tahniah juga kepada saudara Rafizi Ramli, yang berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat bagi sesi 2022-2025," katanya.


Manivanan yang juga mantan Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN berkata, sokongan daripada anggota parti akan terus dihargai.


Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kerana jawatan lantikan dalam Biro Penerangan parti


"Hari ini (semalam) merupakan pembubaran Majlis Pimpinan Pusat 2018-2022. Ini juga bermaksud selesai tanggungjawab saya sebagai Timbalan Ketua Penerangan Pusat.


"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempercayai dan mengamanatkan saya dengan jawatan tersebut.


"Sekalung penghargaan dan tahniah juga kepada Datuk Seri Anwar yang memenangi jawatan Presiden KEADILAN bagi sesi 2022-2025," katanya lagi.


Manivanan mengucapkan setinggi terima kasih kepada Rafizi kerana kepercayaan dan sokongan rakan lamanya itu.


Katanya, persahabatan yang ikhlas dan jujur amat berharga dan bermakna dalam dunia politik. Beliau juga berharap KEADILAN akan lebih maju jaya dengan kepimpinan baharu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER