Manifesto pro rakyat, KEADILAN Sarawak yakin tembusi beberapa DUN



KEADILAN Sarawak yakin akan berjaya menembusi beberapa DUN yang disasarkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan manifesto yang betul dan pro rakyat.


Pemimpin KEADILAN Sarawak, Piee Ling atau dikenali sebagai Cikgu Piee berkata, persediaan KEADILAN yang rapi kerana PRN ditangguhkan sepanjang tempoh darurat memudahkan calon-calon menerangkan hala tuju dan tawaran yang akan dinikmati oleh pengundi sekiranya mereka memilih kerajaan baharu pada kali ini.


"Saya percaya daripada 47 DUN yang kita bertanding, kita akan menembusi beberapa DUN yang menjadi sasaran kita.


"Persiapan yang ada ini akan membolehkan bakal bakal calon nanti mengetengahkan apakah agenda bakal calon KEADILAN untuk rakyat Sarawak.


"Kita perhatikan Sarawak negeri yang kaya raya. Kaya hasil bumi, kayu kayan, minyak dan gas.


"Namun kekayaan itu tidak dinikmati oleh keseluruhan penduduk negeri. Cuma kroni, pemimpin tertentu yang kaya melampau. Sedangkan gaji mereka itu tidak seberapa.


"Jadi inilah antara faktor menyebabkan Sarawak itu mundur, terkebelakang dari negeri lain. Diberi peruntukan namun ianya dimasukkan dalam satu tabung. Kalau dulu kita ada Ketua Menteri dengan motonya politik pembangunan. Lebih 20 tahun tak bangun bangun Sarawak. Sedangkan bajet kerajaan pusat, hasil negeri Sarawak begitu banyak," katanya dalam dialog dari "Bumi Kenyalang: makmur Bersama KEADILAN," semalam.


Tambah Cikgu Piee berkata, dana yang terkumpul berjumlah RM30 bilion sejak dua dekad lalu sekiranya digunakan dengan betul maka kerajaan baharu akan mampu memberi pembangunan yang amat bermakna kepada seluruh rakyat Sarawak.


Selain itu, katanya, KEADILAN Sarawak juga akan memperkenalkan rancangan pembukaan tanah mirip Felda yang dinamakan Selda, dan terbuka kepada rakyat Sarawak yang tidak mempunyai tanah.


"Maka dengan itu kali ini kita tawarkan satu manifesto yang saya rasa tidak mampu ditolak orang Sarawak.


"Kita menawarkan 6 teras utama. Ada 17 strategi dan 46 inisiatif.


"Satu daripadanya yang akan membuat penduduk Sarawak menerima KEADILAN, iaitu isu tanah. Tanah, sama ada dirampas oleh kerajaan, digunakan oleh pihak syarikat besar tetapi rakyat kebanyakan tidak memiliki tanah waima memiliki rumah sendiri


"Oleh itu kami tawarkan Selda. Melalui Selda ini mereka yang tidak memiliki tanah boleh memohon peruntukan tanah kepada kerajaan. Sebab Sarawak yang luas mempunyai bank tanah yang besar.


"Kita akan memperuntukkan sebidang tanah untuk pertanian yang meningkatkan ekonomi keluarga. Kerajaan ada kuasa untuk mengubah Ordinan Tanah. Kalau kami diberi mandat kami akan ubah dan kita anugerahkan tanah kepada penduduk yang memerlukan," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER