top of page

Manifesto PN: Menang umum cuti, rakyat boleh keluar duit KWSP, apa punya idea?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 8, 2022
  • 2 min read


Manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 Perikatan Nasional (PN) dipersoalkan kerana tidak banyak membawa pembaharuan kepada negara sebagaimana manifesto Pakatan Harapan (PH).


Menurut pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PN tidak mungkin boleh mentadbir Malaysia dengan baik sekiranya hanya menjanjikan perkara popular tanpa kerangka jelas untuk memulihkan ekonomi.


"Manifesto PN diumumkan oleh Mahyuddin apa dia? Pertama cuti. Yang nak umum cuti bukan dia. InshaAllah yang umum itu saya.


"Kedua, boleh keluarkan wang KWSP. Apa punya idea. (Keluar) wang KWSP kita cadang setahun yang lalu. Sekarang orang dah tak ada wang. Tak baca ke? Macam ini nak jadi PM? Kerajaan tanya, kamu ada akaun bank ke? Dengan ini saya umumkan kamu boleh keluar wang kamu.


"KWSP itu wang rakyat. Wang dah tak ada untuk simpan masa hadapan. Kamu kerajaan mesti tadbir urus dengan baik, henti korupsi, ketirisan, ini peranan kamu. Kurangkan Menteri. Kamu jadi PM 70 menteri, buat apa? Tidur?" katanya.


Dengan itu, Anwar mengumumkan dasar baharu yang akan dilaksanakan jika PH menang, iaitu cenderung kepada pelan pembangunan usahawan di negara maju yang menumpukan kepada sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS).


Katanya, IKS akan diberi bantuan dan galakan secukupnya untuk menjadi enjin baharu pertumbuhan ekonomi.


"Kita ada ratus ribu IKS dengan anak muda yang inovatif. Kita tukar daripada konglomerat besar kepada IKS. Ada Cina, Melayu, India pertengahan dan bawah. Ini lebih besar dan merata (galakan) ekonomi.


"Sekarang top Melayu, Cina, India, konglomerat kuasai ekonomi. Kita akan ubah sistem. Mereka boleh teruskan (perniagaan) tetapi polisi kerajaan mesti bantu IKS.


"Kita ada hubungan baik dengan negara China, Eropah, Arab, India, saya ada hubungan baik. Saya akan panggil mereka untuk melabur dalam negara kita," katanya.


Pada masa sama, Anwar mengingatkan agar rakyat tidak terus diperbodohkan oleh politik perkauman BN atau PN yang penuh retorik.


"Semalam ketua Pas Perak dia kata ambil Anwar PM, DAP kawal. DAP dah tentu komunis, kemudian LGBT. Ada bukti tidak? Ada fakta, tidak ada.


"Tetapi ini tok lebai pakai kupiah putih, cakap Islam, Allahuakbar tetapi bohong dan fitnah dibiarkan. Dia pun salah, penyokong dia pun sama. Untuk jawab, rakyat kena bangkit dan tolak fitnah ini.


"Kalau dibiarkan, baik Melayu akan diperbodoh, Cina dibuli dan India diketepi. Mereka ini cakap seolah mereka sahaja berkuasa. Tanya dia apa program ekonomi, macam mana nak turunkan harga barang, tingkatkan pendapatan, mutu pendidikan, dia tak ada jawapan," katanya.


Justeru itu, Anwar mahu rakyat bangkit dan membantu diri mereka sendiri untuk menumbangkan BN - PN. Selepas itu baharulah kerajaan yang bersih boleh dibentuk dan memperbaiki negara.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page