top of page

Pemilihan KEADILAN 2025: Rafizi mulakan kempen jelajah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 1 min read


Calon Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Rafizi Ramli semalam mengumumkan pencalonannya sekaligus melancarkan kempen jelajah ke seluruh negara mempertahankan jawatan beliau.


Menurut Rafizi, beliau sejak awal mengalu alukan pencalonan sesiapa sahaja untuk bersaing bagi jawatan nombor dua itu demi meraikan semangat demokrasi dalam KEADILAN.


"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya mengalu-alukan penyertaan mana-mana calon lain untuk sama-sama menyemarakkan semangat demokrasi dalam parti," katanya.


Kempen Rafizi kali ini menggunakan jenama "Hiruk" akan membawa sekali rakan rakan beliau berkempen mempertahankan jawatan naib presiden dimenangi pada pemilihan 2022 lalu seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Lih Kang dan Rodziah Ismail yang mencabar Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek.


"Saya bersama rakan-rakan akan turun ke negeri-negeri untuk bertemu anggota parti secara langsung, berkongsi pandangan dan menampilkan perancangan kami seterusnya," katanya.


Tambah Rafizi, jelajah itu untuk memastikan KEADILAN kekal teguh dengan idealisme reformasi lebih-lebih lagi ketika berada di tampuk kuasa.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page