top of page

Manifesto PH: Reformasi lantikan SPRM, Ketua Polis Negara, peruntukan sama rata Ahli Parlimen



Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto Tawaran HARAPAN pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini menetapkan reformasi beberapa perkara.


Menurut ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran (gambar, kanan), PH akan berusaha memperbaiki tempoh pilihan raya yang pada waktu ini dirahsiakan oleh Perdana Menteri sehingga tiba waktunya, kepada penetapan tarikh yang muktamad dan diumumkan kepada rakyat.


Pembaharuan itu, katanya, untuk memudahkan agensi kerajaan, pelabur atau rakyat menyesuaikan pilihan raya dengan jadual harian mereka.


Bagi pengundi di luar kawasan pula, kata Rajiv, PH akan mengubah peraturan pilihan raya bagi membolehkan mereka yang berada di kejauhan atau bertugas tidak perlu pulang ke kampung untuk mengundi.


"Setiap kali pilihan raya rakyat terpaksa balik kampung mengundi. Walau hari mengundi pada cuti umum namun tetap jadi kekangan kepada keluarga keluarga dan ramai yang tidak dapat balik kampung.


"Kita bercakap mengenai ratus ribu atau juta orang yang tidak dapat balik. Undi di luar kawasan ini adalah satu perkara yang biasa di banyak negara di dunia demi beri peluang rakyat membuang undi.


"Pengundi Semenanjung di Sabah dan Sarawak tidak perlu balik. Jika mereka diberi peluang undi melalui pos atau undi di satu pusat undi yang ditetapkan SPR, mereka tetap boleh undi tanpa perlu menjalani perjalanan jauh dan kos cukup tinggi.


"Terutama rakyat B40 agak susah untuk balik," katanya.


PH juga kata Rajiv akan melakukan pembaharuan dalam proses lantikan ke posisi utama agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Polis Negara dan beberapa jawatan penting lain.


Hal itu, katanya perlu dilakukan agar pihak berkuasa tidak tertakluk kepada kuasa menteri dan tidak gentar menyiasat sebarang skandal membabitkan pemerintah.


"Buat masa ini sistem di Malaysia kebanyakan pelantikan dibuat Perdana Menteri yang mencadang nama kepada Agong untuk perlantikan dibuat. Ini menyebabkan rakyat terpaksa terima lantikan PM yang mungkin sedikit berat sebelah dan berpihak kepada PM yang melantiknya.


"Ssistem ini wujud sejak merdeka dan tidak begitu adil kerana dalam gerak kerja SPRM dan polis mereka perlu bertindak kepada menteri dan PM sedia ada jika terdapat kes korupsi, jenayah atau nak buat peraturan pilihan raya misalnya.


"Kita cadangkan lantikan ini dari parlimen dan melalui wakil semua parti," ujarnya.


Selain itu, katanya, PH berjanji akan memberi peruntukan sama rata kepada setiap ahli Parlimen. Amalan ketika ini, kata Rajiv, Ahli Parlimen pembangkang tidak mendapat peruntukan dan ia tidak adil kepada pengundi di kawasan yang mengundi mereka.


"Buat masa ini peruntukan parlimen dibekalkan oleh pejabat PM dan bukan parlimen. Sebab itu PM ada hak mentukan siapa yang boleh dapat dan siapa yang tidak.


"Biasanya Ahli Parlimen kerajaan sahaja yang dapat peruntukan. Ini tidak adil. Yang mengundi pembangkang tidak harus dikecualikan. PH berjanji untuk memindahkan peruntukan ke pejabat parlimen dan edar dengan adil untuk kegunaan kawasan masing masing.


Dalam pada itu, ADUN mengkibol, Chew Chong Sin (gambar, kiri) pula berpendapat perlunya pemisahan kuasa yang jelas antara eksekutif dan legislatif yang sudah lama tidak diamalkan di negara ini.


"Begitu ramai rakyat menyokong PH disebabkan kita memperjuangkan agenda reformasi institusi.


"Kita perlu lakukan pemisahan kuasa dalam pemerintahan. Contohnya sebelum pindaan Perlembagaan pada 1980an, pemecatan Peguam Negara perlukan penubuhan satu tribunal seperti hakim Mahkamah Persekutuan.


"Ini sebabnya selepas PRU lepas, kerajaan PH telah tubuhkan satu pusat reformasi institusi untuk mengkaji apa yang boleh dilakukan untuk negara," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page