Manifesto PH: Maju Bersama HARAPAN, tiga teras, 6 strategi dan 32 inisiatif



Pakatan Harapan (PH) hari ini melancarkan manifesto yang disebut sebagai pelan bertindak Maju Bersama HARAPAN.


Pelan yang dilancarkan oleh pengerusi PH Melaka, Adly Zahari itu mengandugi 3 teras, 6 strategi dan 32 inisiatif yang merupakan dokumen paling komprehensif bagi membangunkan semula negeri yang teruk dilanda pandemik Covid 19.


"Menginsafi kegawatan rakyat negeri Melaka dan keadaan ekonomi yang masih tenat. Menstabilkan keadaan ekonomi rakyat Melaka yang gawat, mengambil kira menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang adil, stabil dan berintegriti maka PH dengan ini mengumumkan pelan tindakan Maju Bersama HARAPAN.


"Ini pelan bertindak pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka. Di mana teras pertama merujuk kepada Melaka sejahtera yang mana fokusnya untuk menjaga kesihatan, mental dan fizikal rakyat dari ancaman Covid 19.


"Di samping meningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan rakyat. Teras kedua meliputi Melaka makmur, meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan kecil serta sederhana dan meningkatkan pelaburan ekonomi ke Melaka


"Teras ketiga, Melaka stabil iaitu bagi meningkatkan kestabilan, adil, telus dan berintegriti," katanya.



Tegas Adly, inisiatif kesihatan akan menumpukan kepada dana khas bagi tujuan membendung jangkitan dan merawat Covid 19. Memberi kit ujian saringan percuma kepada industri, di samping dana ehsan Covid 19 kepada kelaurga terjejas serta meneruskan kad Melaka sihat yang tertangguh memberi manfaat RM300 setahun.


Manakala Melaka makmur pula, katanya merupakan strategi memperkukuh sektor ekonomi. Inisiatif wujudkan skim peluang pekerjaan rakyat di peringkat PBT dan GLC. Program carian kerja melaka dan padangan kerja.


"PH juga akan mewujudkan dana pemulihan sektor pelancongan dan seterusnya mewujudkan skim Melaka berniaga. Mewujudkan skim mikrokredit harapan dengan had RM5,000 bagi usahawan kecil


"Melaka stabil pula adalah strategi kita mewujdkan pentadbiran telus dan berintegriti. Kita akan gubal enakmen Akti Lompat Parti, mengiktiraf Ketua Pembangkang setaraf Exco. Juga mewajibkan setiap ADUN menjalani perisytiharan harta.


"Ini antara teras yang kita gariskan Maju Bersama HARAPAN. Pelaksanaan teras ini ditulis sebagai pelan tindakan kerajaan selepas mandat diberi oleh rakyat dan kepimpinan bertindak memastikan kemakmuran dapat kita jayakan," katanya lagi.


Dengan pelancaran pelan berkenaan, PH satu-satunya gabungan yang mempunyai dasar paling jelas dalam persaingan PRN Melaka kali ini berbanding PN dan BN.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER