top of page

Manifesto KEADILAN: Sarawak Sihat Sejahtera, bakul makanan, bantuan tunai B40



Kemudahan kesihatan di seluruh Sarawak yang tergadai dijadikan salah satu teras dalam manifesto KEADILAN untuk Pilihan Raya Negeri ke 12.


Naib Presiden KEADILAN Sarawak, Dr Michael Teo Yu Keng berkata, sebagai seorang doktor beliau percaya Sarawak yang maju dan makmur harus bermula dengan rakyat yang sihat sejahtera.


"Jika diberikan mandat untuk memerintah, KEADILAN akan melancarkan strategi untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental rakyat Sarawak daripada ancaman Covid-19.


"KEADILAN akan menyediakan Dana Ehsan Covid-19 dan Bakul Makanan KEADILAN bagi keluarga B40 yang memerlukan.

"Sepanjang pandemik Covid-19, saya telah menyumbang beribu bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan di seluruh Miri. Inisiatif itu mendapat sambutan yang baik daripada komuniti Miri," katanya.


Menurut Dr Teo lagi, inisiatif itu akan dikembangkan ke seluruh negeri dan tiada sesiapa yang harus kelaparan. Yayasan Foodbank KEADILAN juga, katanya, akan diwujudkan untuk membantu keluarga daif. Inisiatif ini akan memberikan bantuan susu kepada kanak-kanak dan keluarga daif yang memerlukan.


"Selain itu, KEADILAN akan memberi Bantuan Tunai Pendapatan Minima buat setiap keluarga miskin yang mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah garis kemiskinan. Peruntukan tersebut akan diambil daripada ‘wang simpanan’ kerajaan Sarawak sebanyak RM31 bilion yang diperkatakan oleh GPS.


"Inisiatif ini akan membantu keluarga miskin tegar terutamanya warga emas dan ibu bapa tunggal," katanya lagi.


Manakala Inisiatif lain untuk memastikan penduduk Sarawak sihat sejahtera, kata Dr Teo, ialah Skim Perumahan Mampu Milik Rakyat Sarawak. Melalui skim itu lima puluh ribu rumah mampu milik akan dibina untuk rakyat Sarawak dalam masa 5 tahun.


Menurut beliau lagi, perumahan yang selamat dan selesa adalah asas kepada membina keluarga yang sihat dan sejahtera serta mengalakkan mobiliti sosial.


Tambahnya, KEADILAN juga berjanji kepada semua pemilik rumah bandar, geran tanah 99 tahun akan diberikan tanpa mengira kaum atau agama.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page