top of page

Manifesto GPS untuk Kerajaan Persekutuan dipersoalkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 10, 2022
  • 1 min read


Tindakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menyediakan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 untuk peringkat Persekutuan dipersoalkan tujuannya.


Menurut calon Pakatan Harapan (PH) P194 Petra Jaya, Sopian Julaihi, berbanding PH yang bertanding di kesemua 222 kerusi parlimen, GPS hanya bertanding 31 kerusi dan tidak mungkin mampu membentuk kerajaan secara bersendirian.


"Secara amnya, tujuan manifesto dilancarkan adalah untuk dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan, iaitu melibatkan parlimen. Pembentukkan sesebuah kerajaan di peringkat Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk memastikan sesebuah kerajaan dibentuk.


"Persoalannya, jumlah kerusi parlimen yang dipertanding oleh GPS untuk PRU 15 hanyalah sebanyak 31 kerusi.


"Hal ini menimbulkan keraguan dari calon PH, kerana peruntukkan kerusi GPS yang hanya 31 buah itu menyediakan sebuah manifesto yang bakal digunakan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan adalah tidak berasas," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas beliau, meskipun GPS boleh membentuk kerajaan secara campuran bersama gabungan lain adakah manifesto yang dijanjikan kepada rakyat itu akan diambil kira oleh gabungan yang lebih besar.


"Sekiranya GPS berjaya membentuk sebuah kerajaan campuran, apakah jaminan GPS bahawa manifesto itu boleh dilaksanakan memandangkan GPS tidak akan menjadi kelompok majoriti di dalam kerajaan campuran," katanya lagi.


Bagi Sopian, lebih baik rakyat Sarawak mengundi PH yang boleh mengotakan janji manifesto sekiranya membentuk kerajaan, terutama janji Timbalan Perdana Menteri 2 yang akan meningkatkan pembangunan di Malaysia Timur untuk setara dengan wilayah Indonesia yang akan dipindahkan ibu negaranya ke Kalimantan Timur.



コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page