top of page

Mangsa kebakaran flat Sabah: Kerajaan beri rumah transit, bantuan kewangan



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Wilayah Persekutuan menyediakan rumah transit kepada semua mangsa kebakaran tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras.


Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, lima keluarga yang terlibat dalam kebakaran itu boleh mula menduduki rumah sementara di Flat Sri Johor bermula esok.


"Bagi yang membeli rumah kita bagi tempoh tinggal di rumah transit selama enam bulan, manakala yang menyewa kita bagi masa sampai tiga tahun," katanya kepada media.


Pada masa sama, Zaliha berkata kesemua mangsa kebakaran pada Sabtu lalu turut mendapat sumbangan sebanyak RM7,300 selain menerima bantuan harian antaranya alatan mandi dan barangan elektrik.


"Kita berikan sumbangan tunai RM5,000 daripada Jabatan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) RM1,000 dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak pula berjumlah RM1,000," jelasnya.


Tambahnya lagi, pihak DBKL akan menjalankan kerja-kerja baik pulih di luar rumah berkenaan sebagai sebahagian daripada seliaannya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Dr Wan Azizah Ismail pula mengingatkan orang ramai untuk menjaga kemudahan awam.


Hal itu susulan alat bantu memadam kebakaran atau hose reel di bangunan berkenaan tidak berfungsi sekali gus menyukarkan kerja menyelamat bomba ketika kebakaran tersebut berlaku.


Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul mengesahkan masalah pendawaian elektrik menjadi punca enam kediaman tersebut terbakar.


Jelasnya, siasatan mendapati ketika kejadian pintu depan dan belakang unit rumah berkenaan didapati tertutup.


"Kira-kira 90 sehingga 95 peratus kita dapati itulah punca kebakaran dan selebihnya untuk pengesahan dari segi ujian teknikal," ujarnya.


Sabtu lalu, sebanyak enam rumah di tingkat 17 di Flat Sri Sabah hangus dijilat api.


Seramai 16 penghuni melibatkan lima keluarga kehilangan rumah akibat kebakaran namun tiada kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page