Mangsa banjir Selangor persoal di mana agensi kerajaan tidak selamatkan rakyat?



Tular di media sosial mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor mempersoalkan di manakah agensi Kerajaan Persekutuan ketika mereka ditenggelami banjir.


Klip video berdurasi 2 minit 46 saat berkenaan memaparkan seorang wanita yang menerangkan kepada seorang Menteri Persekutuan Tan Sri Noh Omar bagaimana keadaan beliau dan penduduk kampung sewaktu banjir besar beberapa hari lalu.


"Keadaan kami yang tersangkut pada hari kejadian, pada pukul 12.00 malam hingga 4.00 pagi kami menelefon semua agensi kerajaan, tiada tindakan diambil.


"Bomba kami call, JPAM kami call, malah Buletin Utama punya penerbit TV3 pun saya call. Masing masing menolong untuk mendapatkan bantuan kepada kami yang terperangkap dalam rumah seramai 30 orang.


"Tiada satu pun agensi kerajaan yang datang menolong kami. Kenapa agensi kerajaan datang pada waktu air sudah surut. Masa keadaan kritikal air sampai bumbung rumah tiada sebarang agensi kerajan datang menolong keculai JPAM.


"Saya difahamkan JPAM hanya menghantar 3 bot ke Hulu Langat. Tentu 3 bot tidak mencukupi untuk menolong semua warga Hulu Langat," kata wanita itu.


Beliau turut mempersoalkan ketiadaan Angkatan Tentera Malaysia yang datang membantu sedangkan pada ketika itu paras air terlalu tinggi dan tidak mungkin mangsa boleh diselamatkan tanpa aset kerajaan yang sesuai.


"Di mana pergi tentera kita? Dalam tahun 2014 saya difahamkan saya salah seorang mangsa banjir. Air hanya paras peha tetapi tentera ada menolong kami. Dalam masa kami keadaan kritikal pada hari Ahad, tiada sebarang agensi datang untuk kami.


"Kalau Tan Sri nak tau yang menolong kami rakyat Indonesia mendayung sampan, menyelamatkan anak kakak (jiran) terperangkap atas bumbung rumah pukul 12 malam hingga 5.30 pagi.


"Di manakah agensi kerajaan pada masa itu? Sampai saya meminta bantuan sahabat masuk dalam twitter. Tiada seorang pun datang menolong kami," katanya lagi.


Wanita tersebut meminta kerajaan bersiap siaga membantu dalam waktu kritikal. Untuk rekod Tan Sri Noh Omar merupakan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara negeri Selangor pada ketika banjir terburuk melanda negeri itu.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER