Manfaatkan sistem ASAK, perkukuhkan parti - Fadhlina
- Suara Keadilan
- Mar 2, 2024
- 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid
Wanita KEADILAN diseru untuk membabitkan diri dalam cara hidup digital bagi memastikan kelancaran organisasi bergerak seiring dengan perkembangan semasa.
Hasrat itu dizahirkan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek yang mahu sayap wanita berkenaan membuat perubahan agar perjuangan yang dibawa sampai ke denyut nadi rakyat
"Mahu tidak mahu, kita perlu cepat belajar, cepat mengejar dan cepat mendakap perubahan dalam era digital kerana kita tidak akan sanggup ketinggalan," katanya ketika merasmikan sistem Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan (ASAK) di Top Glove Tower Ballroom Setia Alam Selangor, hari ini.
Mengulas lanjut Fadhlina berkata, sistem ASAK dilihat sebagai jalan penyelesaian terbaik untuk mengubah cara kerja sayap parti itu ke arah digitalisasi.
"Inisiatif ini mampu membantu wanita di KEADILAN di seluruh peringkat mengurus organisasi di setiap peringkat," ujarnya.
Oleh itu, beliau yang juga Menteri Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan penghargaan kepada pihak yang mewujudkan inisiatif itu.
"Semoga sistem ini ini akan membantu menatijahkan keberkesanan dalam khidmat bakti kita di lapangan masyarakat dan menjadi katalis kepada pembinaan Malaysia Madani yang dicita-citakan," ujarnya.
Untuk rekod, sistem ASAK adalah sebuah inisiatif ke arah pendigitalan sulung yang dilancarkan oleh Wanita KEADILAN.
ASAK adalah halaman sesawang rasmi tertutup sebagai yang bertujuan penyeragamkan tadbir urus dan pemantapan Wanita KEADILAN daripada peringkat pusat sehingga ke ranting.
Dijangkakan siri jelajah negeri dan latihan akan mula dilaksana pada Mac sehingga Julai tahun ini.
Comentários