top of page

Manfaatkan sepenuhnya media rasmi Suara Keadilan

Updated: Aug 10, 2020


Ketua Penerangan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru ahli KEADILAN Selangor agar memanfaatkan sepenuhnya media rasmi parti, Suara Keadilan bagi membantu penerangan di peringkat akar umbi.


Katanya, penerangan parti telah berkembang seiring peredaran zaman. Sejak KEADILAN ditubuhkan 21 tahun lalu tanpa media, hanya melalui sebaran risalah secara sukarela sehinggalah kini memiliki medium rasmi yang menyampaikan informasi parti dalam pelbagai platform.


"Mula-mula kita berjuang, kita rakam kaset, dengar dalam kereta. Kita cetak risalah dari internet. Dulu pakai JARING 1511 dengan 1515. Kita edar risalah (photostat).


"Kemudian kita berkembang, selepas kaset kita buat CD (compact disc). Dulu kalau saya ceramah ada CD bangga habis. Rasa popular. Kita cetak dan edar walau tiada royalti. Sekarang senario sudah berbeza. Kita guna media sosial.


"Sekarang ada Suara Keadilan online. Kita ada Youtube Channel. Saya minta kawan-kawan di Selangor tolong tengok channel Suara Keadilan, subscribe (langgan). Kita nak kembangkan lagi.


"Kita juga ada radio, yang malas baca boleh dengar dalam kereta. Pergi kepada Apps, cari Radiooh, download di situ," katanya dalam majlis ceramah di Dewan Megawati, kediaman Menteri Besar Selangor, malam tadi.


Dalam pada itu, Shamsul juga mengumumkan akhbar Suara Keadilan yang menemui pembaca sejak 1999 dan telah terhenti keluaran sejak pertengahan Disember 2019 lalu, akan disambung cetakan dalam beberapa bulan lagi.


"Tidak lama lagi, kita akan terbitkan akhbar bulanan Suara Keadilan untuk sebarkan masej kita.


"Oleh itu, sama-samalah kita bergerak untuk sebarkan maklumat dan agenda perjuangan kita," kata Shamsul lagi.






0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page