top of page

Manfaatkan mukjizat al-Quran menuju Malaysia Madani

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 12, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini untuk memanfaatkan mukjizat al-Quran dengan membicarakan soal kemampanan dan sistem nilai sesuai dengan konsep Malaysia Madani.


Beliau berkata, wujud sanggahan oleh individu tertentu terhadap inisiatif kerajaan termasuk Belanjawan Madani dengan membuat rujukan kepada ayat al-Quran secara tidak tepat.


Beliau mengecam tindakan pihak yang memperkudakan al-Quran untuk mengeluarkan hujah merosakkan kemurnian kitab suci itu yang telah dipertahankan para ulama selama lebih 1,000 tahun.


"Sebab itu saya membicarakan soal wacana yang ada dalam al-Quran itu dalam menjawab tohmahan dengan hujah yang kuat.


"Ini dilakukan dengan mencabar orang yang membawa idea-idea menyanggah kitab suci itu untuk memastikan kita melakar ataupun menzahirkan sesuatu yang baik.


"Maka, dalam negara kita, dalam hal-hal yang sedemikian sepatutnya kita pertahankan akhlak dan nilai termasuk dalam keadaan kita berbeza pandangan," katanya.


Beliau berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Negeri Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth malam tadi.


MTHQK anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal berlangsung selama enam hari bermula hari ini hingga Jumaat ini dengan melibatkan penyertaan seramai 108 peserta daripada seluruh negeri yang berusia antara 10 hingga 25 tahun.


Secara umumnya, setiap negeri diwakili oleh lapan peserta iaitu dua peserta dalam pertandingan tilawah al-Quran manakala enam peserta bagi pertandingan hafazan al-Quran.


Sementara itu, Anwar berharap peranan yang dimainkan Jakim akan dapat diperkasa bagi memantapkan penyelarasan pentadbiran institusi keagamaan di negara ini, kata Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen Kerajaan Madani dipimpinnya dalam memperhebatkan Islam jelas menerusi penambahan peruntukan kepada Jakim bagi memastikan agensi itu berfungsi dengan lebih baik.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page