top of page

Manfaatkan kemajuan teknologi untuk perubahan positif - Dr Wan Azizah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read


Ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) diseru memanfaatkan kemajuan teknologi untuk melaksanakan program berimpak tinggi sekaligus melahirkan golongan remaja dan wanita yang mampu membawa perubahan kepada negara.


Yang Dipertua PPPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan, teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) dan Internet benda (IoT) telah memudahkan banyak urusan harian, namun mesti dipastikan ia digunakan dengan penuh adab dan tertib.


"Kita tidak boleh terus percaya bulat-bulat dengan apa yang kita lihat dan apa yang kita baca. Saya tidak akan berhenti bercakap mengenai perkara ini kerana teknologi berkembang pesat


"Sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah perlu untuk membuat semakan bagi mengelak daripada tertipu atau tanpa sengaja menyebarkan berita tidak benar," katanya dalam ucapan pada majlis perasmian Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan ke-60 PPPM di Kota Bahru pada Rabu.


Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat merasmikan persidangan dan mesyuarat agung itu.


Sementara itu Dr Wan Azizah turut memberi amaran mengenai bahaya penyalahgunaan teknologi, termasuk isu deepfake dan jenayah siber termasuk gejala buli.


Justeru jelasnya, PPPM melalui kerjasama strategik Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha dalam membendung isu tersebut melalui pendekatan pendidikan pembangunan karakter, latihan kepemimpinan yang berteraskan empati dan aktiviti yang memupuk rasa hormat, toleransi serta tanggungjawab sosial.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page