Mana RUU Akta Gangguan Seksual selepas setahun PN berkuasa?



Rang Undang-undang (RUU) Akta Gangguan Seksual di peringkat akhir sebelum dibentangkan di Parlimen ketika Perikatan Nasional (PN) merampas kuasa dari Pakatan Harapan.


Sejak itu, RUU berkenaan terus senyap sunyi di dalam fail Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diterajui Rina Harun tanpa diketahui nasibnya.


Bagi Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidiq, tiada gunanya Rina berkata beliau memandang serius perilaku guru-guru wanita di asrama yang meraba bahagian tubuh pelajar untuk memastikan sama ada 'datang bulan' atau tidak sekiranya tiada undang-undang yang melarang berbuat sedemikian.


"Kenyataan Datuk Seri Rina Harun bahawa beliau memandang serius isu “period shaming” sukar diterima kerana pelajar perempuan yang terdedah kepada gangguan seksual kini tidak dapat dilindungi di bawah mana-mana akta akibat kelewatan pembentangan RUU Akta Gangguan Seksual.


"Rina dan Kerajaan Tan Sri Muhyiddin perlu bertanggungjawab penuh dalam hal ini kerana RUU Akta Gangguan Seksual tidak dibentangkan di Parlimen. Yang lebih menyedihkan apabila Tan Sri Muhyiddin enggan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang walaupun Tuanku telah menyampaikan titah nasihat Parlimen boleh bersidang Ketika Darurat berkuatkuasa dan hampir semua Ahli Parlimen telah menerima vaksin Covid-19.


"Dalam hal ini, kami juga ingin menegaskan bahawa gangguan seksual adalah perbuatan jenayah walaupun sesama jantina. Akta ini memberi impak yang besar dan sasaran perlindungan juga inklusif merangkumi semua peringkat masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Fadhlina lagi, sebelum ini, pembentangan RUU Akta Gangguan Seksual telah dijadikan agenda utama oleh mantan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang merupakan Menteri KPWKM dalam kerajaan Pakatan Harapan.


"Maka dengan kelewatan pembentangan RUU gangguan seksual kerajaan pintu belakang Muhyiddin adalah #kerajaangagal apabila telah mendedahkan rakyat kepada risiko gangguan seksual pelbagai bentuk hanya kerana mahu mempertahankan kuasa.


"Jika Menteri-menteri barisan hadapan yang sepatutnya melindungi rakyat tidak faham tanggungjawab mereka, silalah mohon maaf kepada rakyat dan berundur dengan bermaruah!" kecamnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
1638
3
1449
Total
349,610
1286
333,892

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
634,746
6,993
432,526
Total
130,914,490
2,852,527
105,374,969

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER