top of page

Mana-mana pihak usah ganggu Kerajaan Perpaduan - Agong

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Feb 26, 2024
2 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan Ahli Parlimen supaya tidak bermain politik dan menganggu gugat kerajaan sedia ada.


Oleh itu baginda menegaskan, mana-mana pihak perlu menerima kenyataan berhubung titahnya, dan menunggu pilihanraya akan datang sekiranya ingin menukar kerajaan.

"Ingin saya tegaskan saya tidak akan melayan seberang permintaan yang cuba menggugat kestabilan politik negara.


"Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati Kerajaan Perpaduan jika ada hendak bermain politik, tunggu lah masa akan datang," titah baginda.


Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-15 di Parlimen, hari ini.


Jelas baginda, dalam membangunkan Malaysia, semua pihak tidak kira kerajaan mahupun pembangkang perlu bekerjasama dan berganding bahu bagi mencapai hasrat itu.


"Saya menyeru semua pihak sama ada kanan dan kiri marilah kita bersatu hati berganding bahu bekerjasama membangunkan kepentingan bagi seluruh rakyat Malaysia.


"Di mata saya, kejayaan atau kegagalan bukan terletak di bahu Perdana Menteri tetapi 222 ahli Dewan Rakyat sebagai wakil mereka dalam parlimen. Oleh itu semua Ahli Parlimen perlu menumpum usaha itu dan bukannya mengutamakan kepentingan parti atau diri sendiri," titahnya.


Justeru bagi memastikan hasrat itu dicapai, Sultan Ibrahim menitahkan wakil-wakil rakyat melaksanakan tugas sebagai penggubal undang-undang negara serta menghormati peraturan dan menjaga kemuliaan Dewan Parlimen.


"Adalah tidak masuk akal jika penggubal itu sendiri gagal mematuhi peraturan yang dibuat.

"Oleh itu, saya harap Ahli Parlimen akan tunjukkan tauladan yang baik apabila berada di dewan mulia (bagi) menjaga adab dan gunakan tutur kata sopan," titah baginda.


Dalam titahnya, baginda memperkenan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang melampaui batas, termasuk mengenakan sekatan daripada menyertai persidangan selama 14 hari.


"Saya harap semua Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Negara menunjukkan contoh tauladan baik apabila berada di Dewan Mulia," titah baginda lagi.

1 Comment


wahidzain
Feb 26, 2024

Hari ini dlm sejarah beras pun dswastakn

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page