top of page

Mana Jawatankuasa Khas Bebas Darurat? - Majlis Setiausaha PH


Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) mempersoalkan bila kerajaan akan mengaktifkan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat.


Dalam satu kenyataan bersama, PH berpendapat Jawatankuasa Khas Bebas Darurat telah diumum pada 12 Januari lalu, namun sehingga hari ini tiada khabar berita.


"Senarai nama telah diberi kepada pihak kerajaan pada 21 Januari lalu, iaitu lebih dua minggu yang lalu.


"Namun sehingga hari ini kami belum menerima sebarang maklumbalas berkenaan pengaktifan jawatankuasa tersebut.


"Ini amat mendukacitakan kerana kami diberi gambaran bahawa jawatankuasa ini penting untuk meneliti keadaan semasa bagi membuat pengesyoran berkaitan penamatan darurat.


Pakatan Harapan berpendirian bahawa segala kuasa yang diperlukan bagi menangani pandemik COVID-19 dan juga mengatasi kelembapan ekonomi sudah terkandung dalam undang-undang sedia ada," katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, Majlis Setiausaha PH juga menganggap kerajaan gagal menjalankan tugas dengan baik setakat ini.


"Laporan-laporan berita berkenaan indeks persepsi rasuah negara yang menurun, potensi kehilangan pekerjaan akibat PKP, serta pengurangan pelaburan langsung asing memperlihat kegagalan kerajaan menangani keadaan dengan baik.


PH turut mempertikai kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sering membangkitkan isu pilihan raya.


"Amat jelas rakyat Malaysia tidak inginkan pilihanraya pada waktu ini, tetapi mahu kestabilan politik untuk menyelesai isu pandemik dan ekonomi.


"Maka PH kekal dengan pendirian bahawa pilihan raya tidak diperlukan memandangkan mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah sah sehingga 2023.


"Yang diperlukan adalah pengembalian mandat tersebut kepada pihak yang sepatutnya, pada kadar segera," katanya.


Kenyataan itu dikeluarkan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution (KEADILAN), Datuk Dr Hatta Ramli (AMANAH) dan Loke Siew Fook (DAP).

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page