top of page

Mana janji Santhara kepada warga Segamat, kerja gaji RM1?



Ketua Cabang KEADILAN Segamat, A Francis Sales, mengajukan beberapa pertanyaan kepada Ahli Parlimen kawasan itu Edmund Santhara yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan mengenai janji beliau mahu membantu warga Segamat.


Menurut Francis, Santhara dalam kempen pilihan raya umum ke 14 lalu berjanji kepada warga Segamat akan bekerja dengan gaji RM1 demi kebaikan rakyat, namun adakah hal itu berlaku.


"En.Sivaraja telah menyokong di hadapan Datuk Ambiga dan anak Tun Dr. Mahathir sempena Majlis DAP di Dewan Batu Anam untuk memberi peluang kepada anda menjadi Ahli Parlimen Segamat kerana berjanji membina dewan untuk masyarakat India.


"Tiga tahun sudah berlalu, tetapi janji masih belum ditunaikan selepas berjaya dalam pilihan raya," katanya.


Menurut Francis lagi, Santhara juga telah 55 hari tidak mengunjungi Segamat dan pengundi sukar untuk bertemu Ahli Parlimen mereka yang dibenarkan bercuti di New Zealand oleh Perdana Menteri.


Francis turut menuntut Santhara membuktikan janji wang gaji beliau akan didermakan untuk kebaikan rakyat di Segamat.


"Anda tidak berada di Segamat selama 55 hari. Sebelum ini, YB mengatakan dirinya sebagai seorang jutawan.


"Bolehkah YB menunjukkan gaji anda sebagai Timbalan Menteri? Masih menerima gaji sebanyak RM1 demi masyarakat?


"Bolehkah YB menunjukkan perbelanjawan yang dibelanjakan kepada masyarakat menggunakan gaji anda sebagai Timbalan Menteri dan bukan daripada peruntukan kerajaan?" katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page