top of page

Mana bantuan untuk rakyat hadapi Covid 19 di Kedah? - AMK

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 24, 2021
  • 1 min read



Negeri Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua sejak 22 Januari lalu.


Bagaimanapun, menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammed Firdaus Johari, belum ada pengumuman dari Kerajaan Negeri membayangkan akan memberi bantuan kepada rakyat dalam menghadapi PKP 2.0.


Katanya, AMK dan rakyat Kedah amat ternanti-nanti pengumuman Pakej Bantuan Rakyat Kedah (Covid-19) dari Menteri Besar (MB) Muhammad Sanusi Md Nor.


"Malangnya sehingga hari ini tiada sebarang pengumuman bantuan bagi rakyat Kedah dalam tempoh pelaksanaan PKP ini. Malah lebih menyedihkan, Menteri Besar Kedah lebih tertumpu kepada isu pembatalan cuti Peristiwa Perayaan Thaipusam berbanding isu Covid yang sepatutnya diberi keutamaan.


"MB Kedah dan Kerajaan Negeri seharusnya mengambil langkah yang lebih proaktif dan prihatin rakyat dengan meluluskan peruntukan khas Pakej Bantuan Rakyat Kedah (Covid-19) bagi membantu kumpulan sasaran yang terjejas dan memerlukan bantuan.


"Pakej Bantuan Rakyat Kedah (Covid-19) ini penting bagi melancarkan aliran tunai serta mengurangkan impak juga kos operasi yang terpaksa ditanggung dalam tempoh pelaksanaan PKP ini," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, AMK Kedah, menurut Firdaus, memberi cadangan kepada MB agar segera mengenal pasti kumpulan sasaran yang memerlukan pengagihan dan bantuan dari Pakej Bantuan Rakyat tersebut.


Kumpulan yang perlu dibantu, katanya seperti peniaga, penggerai dan penjaja berlesen; peniaga pasar; pengusaha kantin sekolah; penoreh getah; pesawah dan petani; nelayan; golongan B40 dan M40 yang berkelayakan menerima bantuan bakul makanan; pelajar sekolah yang tidak mempunyai peranti bagi mengikuti pembelajaran secara dalam talian dan waris keluarga atau kontak rapat pesakit Covid-19 yang terpaksa dikuarantin di rumah dan tidak dibenarkan keluar.


"AMK Kedah juga merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan (frontliner) yang bersungguh-sungguh berkhidmat dan menjalankan tugas bagi memerangi wabak Covid-19 kali ini," kata Firdaus lagi.


 
 
 

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page