top of page

Mana bantuan Skim Mikro Kredit, rakyat terpaksa pinjam Ah Long - Akmal Nasir


Kerajaan digesa untuk menyelesaikan segera BSN Skim Mikro-i Kredit Prihatin kerana ada usahawan kecil yang masih belum mendapat bantuan tersebut sehingga terpaksa meminjam dengan Ah Long.


Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir mendakwa, seorang usahawan bertemu dengannya dan mengakui berada dalam keadaan terdesak selepas perniagaannya terjejas teruk sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun pembekal perniagaannya tetap minta bayaran tertunggak.


"Beliau mulanya menarik nafas lega apabila kerajaan umum Pakej PRIHATIN termasuklah Skim Pinjaman Mikro-i Kredit di bawah pembiayaan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi peniaga kecil macam beliau.


"Malangnya, janji seminggu, dah hampir dua bulan masih tiada khabar berita. Beliau telah membuat permohonan sejak PKP tapi sampai sekarang langsung belum ada jawapan," katanya dalam kenyataan.


Akmal berkata, beliau meminta bantuan seorang pegawai di BSN untuk menyemak permohonan usahawan tersebut, tetapi permohonan itu sebenarnya telah diterima hampir dua bulan namun masih dalam proses.


Disebabkan kelewatan bayaran bantuan khas itu, usahawan itu mengambil jalan terakhir dengan meminjam dari Ah Long.


"Kini keluarganya diugut dan diancam sampai terpaksa buat laporan polis kerana bimbang keselamatan isteri dan anak-anak.


"Ke mana pergi Skim Mikro-i Kredit PRIHATIN? Berapa ramai masih tertunggu-tunggu?" soal Akmal.


Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 bilion untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi membantu usahawan yang terjejas akibat wabak COVID-19.


Menerusi Skim Mikro-i Kredit, pinjaman maksimum sebanyak RM75,000 disediakan kepada setiap usahawan mikro dalam pelbagai segmen dengan tempoh pinjaman atau pembiayaan antara satu hingga lima setengah tahun.


Kadar faedah pula dimansuhkan iaitu daripada 2% kepada sifar yang bernilai RM500 juta di bawah BSN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page