Mampukah bank digital rapat kesenjangan, benarkah rakyat marhaen dapat akses?



Kelulusan 6 lesen bank digital oleh kerajaan Malaysia terus menerus dipertikaikan rakyat kerana kurang ketelusan mengenai tujuan penubuhannya.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, penubuhan bank digital seharusnya diperbincang dalam dialog awam berbulan bulan sebelum diluluskan.


Katanya, sehingga kini tidak diketahui bagaimanakah kaedah bank itu mahu membantu rakyat yang tidak layak mendapat pembiayaan daripada bank konvensional, sebagaimana matlamat penubuhannya.


"Kita perlu tahu siapa yang akan ada akses dan siapa yang ketinggalan sekiranya bank digital ini memberi perkhidmatan pinjaman contohnya. Golongan mana yang akan terkehadapan dan mana yang akan tertinggal.


"Kalau niat kita merapatkan jurang kesenjangan pendapatan kita perlu lihat kelompok mana, penduduk di kawasan mana perlukan perkhidmatan yang bagaimana. Saya lihat penggunaan e-wallet misalnya meningkat 131% berbanding tahun lalu tetapi kebanyakan penggunaan e-wallet ini berlaku di kawasan bandar dan separuh bandar. Bermaksud mereka di kawasan luar bandar semakin hari semakin ditinggalkan.


"Sama juga dengan bank digital. Cabarannya bagi pembuat keputusan ialah apalah potensi yang ada sekiranya kita ketahui jumlah B40 yang tinggal di kawasan luar bandar? Itu merupakan kumpulan sasar yang sangat besar dan berpotensi, tetapi lesen bank digital ini (dilihat) tidak diberi kepada sesiapa yang mungkin boleh menumpu kepada kumpulan sasar ini," katanya kepada Suara Keadilan.


Bagi Fahmi sekiranya dasar penubuhan dan fokus bank itu tidak ditegaskan dari awal maka berkemungkinan ia akan membentuk persekitaran perbankan yang kekal.


Manakala kumpulan tersisih di luar bandar yang diperjuangkan akan terus kekal ketinggalan dari segi akses perkhidmatan perbankan, dengan ketidakupayaan internet dan kesukaran bakal pelanggan bank itu memohon pembiayaan.


Calon Naib Presiden KEADILAN itu juga menyarankan agar bank digital mengikut konsep penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia yang diasaskan oleh mantan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1990an lalu, dan telah berjaya membantu banyak golongan miskin sejak penubuhannya.


"Jadi kita perlu selesaikan masalah itu secara menyeluruh dan tuntas


Bagi saya, khusus Bank Negara Malaysia (BNM) ada peluang sangat baik, contohnya ikuti cara Amanah Ikhtiar. Tetapi kita lihat itu tidak dilakukan. Maka pihak BNM perlu beri penjelasan atas dasar apakah 6 lesen bank digital ini diberikan, siapakah kumpulan sasar dan apakah yang akan dilakukan sebagai sebuah regilatior, apakah BNM akan rapatkan jurang akses perkhidmatan di kawasan luar bandar yang rata rata majoriti penduduknya Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak," katanya.


Namun menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, jika penubuhan bank digital tidak jauh daripada pengoperasian bank konvensional maka hal itu tidak akan mengubah sebarang keadaan.


Fahmi berharap BNM memberi penjelasan mendalam konsep bank digital dan apakah peranan bank pusat itu dalam mengawal selianya.


"Adakah langkah BNM dengan meberi 6 lesen bank digital menepati dasar kerajaan merapatkan jurang atau ia hanya meningkatkan kesenjangan?


"Adakah secara tidak langsung tindakan BNM undermind atau melemahkan iltizam kerajaan untuk mencapai kemakmuran bersama


"Ini yang saya risaukan. Akhirnya kemakmuran untuk siapa, adakah untuk mereka dan kawan kawan mereka," katanya lagi.


Baru baru ini BNM telah meluluskan tiga pemohon lesen bank digital yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) iaitu kepada Konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Berhad, Konsortium diterajui GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd serta Konsortium diterajui Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.


Manakala dua pemohon lain dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) iaitu Konsortium AEON Financial Service Co. Ltd., AEON Credit Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc dan Konsortium diterajui KAF Investment Bank Sdn Bhd.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER