top of page

Malaysia wajar tandatangan Konvensyen Pelarian, bantu secara sah



Pertempuran kejam dalam konflik terbaharu antara Palestin dan Israel yang menyaksikan pengeboman penempatan orang awam di Semenanjung Gaza akan pasti menyaksikan krisis pelarian Palestin selepas ini.


Bagi aktivis KEADILAN, Yuslaini Azmi, dalam waktu singkat Malaysia hampir pasti akan menyambut pelarian perang Palestin. Oleh itu, katanya, ada baiknya negara ini menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 yang memberikan hak hak tertentu kepada pelarian perang.


"Hari ini dunia sekali lagi dikejutkan dengan pertempuran sengit Hamas dan Israel. Perang ini bukanlah yang pertama kali dalam sejarah dan perjuangan rakyat Palestin sentiasa disokong penuh oleh negara Malaysia.


"Namun begitu Malaysia tidak pernah menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967


"Kira-kira 149 negara menyertai satu atau kedua-dua konvensyen ini, tetapi Malaysia tidak pernah memeterainya.


"Hal ini bermakna di Malaysia, pelarian yang tidak mempunyai visa perjalanan yang sah disifatkan sebagai “pendatang tanpa izin” dan dinafikan hak asasi seperti untuk bekerja atau bersekolah, sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status serta hak pelarian di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Yuslaini Azmi

Mengikut Akta Imigresen, kata Yuslaini, pelarian perang akan dianggap pendatang tanpa izin dan berisiko ditangkap serta dihantar pulang ke negara asal.


Katanya, keadaan itu tidak selari dengan ucapan pemimpin negara yang begitu prihatin dengan nasib pelarian perang seperti rakyat Palestin yang kini sedang bermandi darah dalam mempertahankan negara mereka.


Walaupun Malaysia tidak tersenarai dalam Konvensyen tersebut tetapi negara ini, katanya, tetap menerima pelarian di bawah Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).


Oleh itu, tegas Yuslaini, Malaysia harus membezakan pelarian perang dan pelarian ekonomi yang mempunyai hak hak berbeza dalam perundangan antarabangsa.


"Harus diingat kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini begitu komited dalam meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951. Oleh itu ini adalah masa yang tepat untuk membantu pelarian antarabangsa terutamanya negara yang sedang berperang seperti Palestin.


"(Walau tidak menandatangani sebarang konvensyen) Malaysia menjadi tuan rumah kepada lebih 182,000 pelarian dan pencari suaka dari 50 buah negara termasuk Myanmar, Syria, Afghanistan dan Iran," katanya.


Menurut Yuslaini tanpa menandatangani konvensyen pelarian, semua pelarian dan pencari suaka di Malaysia mendapat status "pendatang tanpa izin" di bawah undang-undang imigresen.


Oleh itu, beliau berharap kerajaan dapat melindungi hak pelarian perang di Malaysia secara sah selepas ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page