top of page

Malaysia, Turkiye senada tingkat bantuan ke Gaza

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 18, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Malaysia dan Turkiye senada untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung yang digempur tentera Israel, Gaza.


Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan perbualan dengan rakan sejawatnya, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan melalui panggilan telefon pada Isnin sempena sambutan Eid Mubarak.


Mengulas lanjut perbualan itu Anwar berkata, Erdogan turut berkongsikan pengalamannya dalam menyatakan kebimbangan serta protes terhadap pembunuhan beramai-ramai di Gaza pada Sidang Kemuncak G7 di Itali yang dihadirinya, baru-baru ini.


Kedua-dua pemimpin turut menyatakan harapan agar hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh.


"Kesempatan yang ada juga kami gunakan untuk mengulangi komitmen dalam mengukuhkan kerjasama dalam pertahanan, ekonomi, budaya, perdagangan, pelaburan antara kedua-dua negara," katanya di laman Facebook.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page