top of page

Malaysia tuan rumah AMMTC 2025, fokus jenayah rentas sempadan ASEAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 5
  • 1 min read

ree

Malaysia bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) bermula 8 hingga 12 September ini, sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun ini.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, mesyuarat tersebut merupakan platform strategik penting yang menghimpunkan Menteri-menteri ASEAN untuk menyelaras kerjasama keselamatan serantau.


"AMMTC bukan sekadar siri mesyuarat, tetapi platform strategik ini menghimpunkan barisan menteri-menteri negara ASEAN yang bertanggungjawab ke atas keselamatan negara masing-masing untuk duduk bersama berbincang, menyelaras dan memperkukuh kerjasama serantau dalam membanteras ancaman jenayah yang semakin kompleks," katanya dalam kenyataan media.


Beliau menjelaskan, jenayah rentas sempadan kini merangkumi pelbagai bentuk ancaman termasuk jenayah rencam, pemerdagangan orang, penyeludupan migran, keganasan, ekstremisme, narkotik, jenayah siber dan pengubahan wang haram.


"Keselamatan rakyat dan kestabilan serantau tidak boleh dipikul oleh satu negara sahaja, sebaliknya menuntut komitmen kolektif semua anggota ASEAN.


"Sebagai tuan rumah, Malaysia bukan sahaja memperlihatkan kepimpinan dalam memperkukuh kerjasama serantau, malah memastikan kepentingan serta suara rakyat terus diangkat dalam agenda keselamatan ASEAN," jelasnya.


Menurut Saifuddin, Malaysia bertekad untuk memperkukuh kerjasama serantau di samping memastikan kepentingan serta suara rakyat terus diangkat dalam agenda keselamatan ASEAN.


AMMTC yang pertama kali dianjurkan pada 1997 kini menjadi nadi kerjasama ASEAN dalam menangani jenayah rentas sempadan.


"Tahun ini, dengan tema “Inclusivity and Sustainability”, Malaysia bertekad memastikan hasil perbincangan bukan hanya relevan, tetapi berimpak langsung kepada kesejahteraan rakyat dan keselamatan rantau ini," katanya lagi.


Saifuddin menegaskan, AMMTC adalah bukti bahawa keselamatan dan kesejahteraan ASEAN hanya dapat dicapai dengan komitmen bersama yang konsisten.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page