top of page

Malaysia tingkat kerjasama antarabangsa tangani masalah dadah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 15, 2024
  • 1 min read


Malaysia menyatakan ikrar untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dan serantau dalam menangani masalah dadah dunia


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, usaha itu selaras obligasi perjanjian antarabangsa dan serantau serta Pelan Strategik Antidadah 2021-2025 Malaysia.


"Malaysia akan terus mengukuhkan perkongsian dengan negara lain dan organisasi antarabangsa untuk menangkis pembuatan, pengeluaran, pengedaran dan pengedaran haram dadah terlarang.


"Pada masa sama, kerajaan komited memudahkan pertukaran maklumat, kepakaran dan amalan terbaik untuk memperkukuh usaha kolektif bersama masyarakat antarabangsa dalam mencegah jenayah berkaitan dadah.


"Dalam hal ini, Malaysia komited meneruskan usaha mengembangkan lagi kerjasama dua hala terutama dengan negara jiran terdekat dan mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif serantau dan global," katanya dipetik.


Saifuddin berkata begitu melalui Kenyataan Menteri di Segmen Peringkat Tertinggi, Suruhanjaya Mengenai Narkotik Dadah ke-67, Pejabat Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) di Vienna, Austria, malam tadi.

Sementara itu menurut Saifuddin, dalam usaha menangani isu berkaitan narkotik, penting untuk semua pihak memanfaatkan kekuatan dan sumber kolektif.


"Dengan berbuat demikian, kita boleh memajukan objektif mempromosi dan melindungi kesihatan, keselamatan awam, keselamatan dan kesejahteraan menyeluruh terhadap semua manusia, selaras dengan matlamat pembangunan mampan.


"Ia bertujuan meningkatkan pelaksanaan semua komitmen dasar dadah antarabangsa dan dalam menangani cabaran penyalahgunaan, penanaman dan pengeluaran dan pembuatan dadah narkotik dan bahan psikotropik haram serta pemerdagangan tidak sah bahan itu," katanya.


Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page