top of page

Malaysia–Timor Leste kukuh kerjasama strategik telekomunikasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 18 minutes ago
  • 2 min read
Datuk Fahmi (kanan) menandatangani MoU telekomunikasi serta media dengan rakan sejawatannya
Datuk Fahmi (kanan) menandatangani MoU telekomunikasi serta media dengan rakan sejawatannya

Malaysia dan Republik Demokratik Timor-Leste hari ini memperkukuh hubungan dua hala melalui pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) penting dalam bidang telekomunikasi serta media, menandakan komitmen bersama ke arah kerjasama digital dan komunikasi yang lebih kukuh di rantau Asia Tenggara.


Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh Menteri Perhubungan Malaysia, Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Pengangkutan dan Perhubungan Timor-Leste, His Excellency Miguel Marques Gonçalves Manetelu, dan Setiausaha Negara bagi Komunikasi Sosial Timor-Leste, His Excellency Expedito Loro Dias Ximenes.


Menurut kenyataan bersama, langkah ini mencerminkan “persahabatan lama dan saling mempercayai” antara kedua-dua negara, dengan Malaysia diiktiraf sebagai antara negara pertama yang menyokong kemerdekaan Timor-Leste pada tahun 2002.


Dua MoU yang dimeterai iaitu Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Telekomunikasi yang ditandatangani antara Kementerian Perhubungan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan serta Komunikasi Timor-Leste, memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur telekomunikasi, peningkatan ketersambungan digital, serta pertukaran pengetahuan teknikal untuk manfaat bersama.


Memorandum Persefahaman mengenai Pembangunan Maklumat dan Media — antara Kementerian Perhubungan Malaysia dan Sekretariat Negara bagi Komunikasi Sosial Timor-Leste, bertujuan memperkukuh kerjasama profesional melalui pertukaran maklumat, perkongsian berita, dan pembinaan kapasiti bagi pengamal media di kedua-dua negara.


Kenyataan bersama itu berkata, dua memorandum berkenaan menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh jaringan komunikasi serantau yang berteraskan solidariti dan kemajuan bersama.


"Kedua-dua negara mengesahkan komitmen bersama mereka untuk memperdalam kerjasama dua hala dan menggalakkan hubungan rakyat dengan rakyat yang lebih erat.


"Malaysia dan Timor Leste akan melihat ke hadapan untuk bekerjasama ke arah yang lebih berhubung, berdaya tahan dan berpandangan jauh di rantau Asia Tenggara," katanya.


Kedua-dua negara juga menyatakan keyakinan bahawa kerjasama akan membuka ruang kepada pembangunan teknologi, perkongsian pengetahuan, serta hubungan rakyat dengan rakyat yang lebih erat.


MoU ditandatangani oleh Menteri Perhubungan Malaysia, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan dan Perhubungan, Timor-Leste, Miguel Marques Gonçalves Manetelu; dan Setiausaha Negara bagi Komunikasi Sosial, Timor-Leste, Expedito Loro Dias Ximenes.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page