top of page

Malaysia tidak jadi Nepal: Penting lawan rasuah, atasi kesenjangan ekonomi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 14
  • 2 min read

ree

Rusuhan berdarah di Nepal dipelopori oleh Generasi Z (umur 20an) yang menggulingkan Perdana Mdenteri, KP Sharma Oli sejak minggu lalu perlu dilihat dalam skop yang lebih luas dan bukan berdasarkan keresahan sosial semata mata.


Bagi aktivis Pakatan Harapan Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz, rakyat Malaysia tidak seharusnya termakan propaganda laskar siber pro pembangkang yang menyamakan keadaan di Nepal dan Malaysia daripada segi ketidakpuasan hati rakyat dan persoalan ekonomi.


Katanya, terdapat beberapa perkara asas yang berbeza antara Nepal dan Malaysia. Biarpun jelasnya, ekonomi Nepal tumbuh 4.5% berdasarkan angka Bank Dunia namun rasuah di negara itu amat berleluasa.


"Nepal hari ini ekonomi mereka naik 4.5% tapi rakyat tetap marah, turun ke jalan raya.


"Kenapa? Sebab rasuah berleluasa, nepotisme berakar, kartel sapu kekayaan, rakyat bawahan tetap miskin," kata Syam Ghaz dalam satu kenyataan.

Mohd Hisyamuddin Ghazali
Mohd Hisyamuddin Ghazali

Rasuah, katanya, menjadi penyebab kemarahan rakyat biarpun ekonomi tumbuh baik kerana berlaku kesenjangan pendapatan atau ekonomi yang ketara.


Hal itu juga berlaku Indonesia yang mencatat 4.7% pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi rakyat bangkit merusuh pada hujung Ogos lalu kerana skor rasuah negara itu buruk, cuma 34/100 (CPI 2024), ranking 115 dunia. Menyebabkan rakyat tidak begitu merasai kemakmuran ekonomi kerana kekayaan berlegar dalam kalangan tertentu.


Berbeza dengan Malaysia, katanya, skor rasuah yang rendah membolehkan kekayaan dikongsi agak meluas biarpun pertumbuhan KDNK sederhana.


"Pertumbuhan stabil 3.9 – 4.4% (World Bank 2025). Skor rasuah 50/100, ranking 57 dunia berdasarkan indeks Transparency International 2024.


"Keamanan? Nombor dua paling aman di Asia, Nombor 10 di dunia berdasarkan indeks Global Peace Index 2024, Vision of Humanity," katanya.


Namun, bagi Syam Ghaz, faktor penting kejayaan Malaysia terletak kepada efisiensi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dasar Malaysia Madaninya.


Di bawah dasar itu kata beliau, banyak bantuan tunai dan bukan tunai diagihkan secara saksama kepada rakyat. Misalnya RM15 bilion bantuan tunai kepada 9 juta rakyat pada 2025. Juga SARA RM100 didebit terus ke MyKad untuk 22 juta rakyat dewasa berumur 18 tahun ke atas.


"Gaji minimum (swasta) pula naik RM1,700. Kenaikan gaji penjawat awam terbesar dalam sejarah berlaku pada 2025. Ditambah nilai Ringgit yang stabil maka pelabur global yakin untuk menambah pelaburan dan (menambah) peluang pekerjaan," ujarnya.


Oleh itu, kata Syam Ghaz, adalah penting untuk Malaysia terus mengekalkan bukan sekadar pertumbuhan ekonomi semata mata tetapi rakyat terus merasa poket mereka penuh.


Faktor itu, katanya adalah formula Malaysia tidak akan menjadi seperti Nepal atau mana mana negara gagal yang lain.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page