top of page

Malaysia tidak gentar diugut bela Palestin - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 25, 2023
  • 1 min read


Sikap tegas Malaysia membela Palestin menerima reaksi kurang senang negara Barat yang pro Israel.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mendedahkan Malaysia mula dikritik dan ‘diserang’ oleh beberapa kalangan negara Eropah, Amerika Syarikat dan Israel susulan kelantangan membela hak rakyat Palestin.


Bagaimanapun katanya, selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat beliau tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan.


"Negara-negara berkenaan tidak boleh mengugut Malaysia kerana Malaysia sebuah negara merdeka dan berdaulat, serta mempunyai hak untuk menentukan apa yang betul.


"Kami faham apa makna merdeka. Kamu salah pilih orang (Perdana Menteri). Saya tegaskan Malaysia negara bebas dan merdeka.


"Malaysia ini akan kekal sebagai negara berdaulat, yang akan mempertahankan hak, perjuangan dan kebebasan Palestin," ujarnya disambut sorakan lebih 18,000 peserta himpunan di Stadium Arena Axiata, Bukit Jalil malam tadi


Belasan ribu berkumpul menunjukkan solidariti ke atas rakyat Palestin

Ribuan masyarakat berbilang bangsa dan agama hadir di himpunan itu bagi menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin yang berdepan penindasan rejim Israel.


Kebanyakan memakai baju putih, lengkap dengan mafla dan mengibar bendera Palestin, berkumpul di bawah satu bumbung mendesak Israel menghentikan segera serangan ke atas Semenanjung Gaza.


Himpunan itu turut dihadiri oleh ketua-ketua perwakilan negara, pemimpin politik dan jemputan khas, dengan dianggarkan seramai 20 wakil NGO menyampaikan ucapan.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page