top of page

Malaysia tetapkan sasaran indikator SDG kebangsaan



Malaysia buat pertama kalinya menetapkan sasaran indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Kebangsaan.


Menurut Perdana Menteri, selain indikator SDG, kerajaan turut memuktamadkan sembilan inisiatif bagi mempercepat pencapaian SDG di negara ini.


Melalui satu kenyataan pada Selasa beliau berkata, ia antara perkara yang dimuktamad dalam Mesyuarat Majlis SDG Negara bagi 2023 yang dipengerusikannya bagi memastikan pelaksanaan lebih berkesan ke arah mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030 (Agenda 2030) yang hanya berbaki kira-kira tujuh tahun.


"Mesyuarat turut memutuskan bahawa Pusat SDG Negara (PSN) di bawah Kementerian Ekonomi bertanggungjawab meningkatkan tindakan penyelarasan SDG di peringkat kebangsaan, menambah baik pencapaian SDG negara serta meningkatkan kesedaran dalam pelaksanaan SDG dan penerimagunaan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).


"(Selain itu) menambah baik struktur tadbir urus SDG Kebangsaan selari dengan fungsi semasa kementerian-kementerian serta memperkasa peranan kementerian-kementerian di peringkat Persekutuan sebagai kementerian peneraju bagi setiap matlamat SDG.


"Sasaran indikator SDG Kebangsaan dan inisiatif itu akan diterjemah dalam Pelan Hala Tuju SDG Fasa 2 yang diterbitkan pada Disember ini," katanya dipetik.


Sementara itu, beliau yang juga Menteri Kewangan turut berkata, Kementerian peneraju bertanggungjawab melaksanakan gerak kerja bagi memastikan setiap sasaran SDG dapat dicapai dalam tempoh ditetapkan.


Sehubungan itu, semua wacana dan program anjuran kementerian serta agensi perlu dijajarkan kepada SDG.

"Kerajaan sentiasa komited untuk mencapai Agenda 2030 dan akan terus memperkukuh tindakan bagi mencapai 17 SDG.


"Justeru, komitmen semua termasuk Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan lain adalah penting untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara mampan menjelang 2030," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page