Malaysia terunggul benteras rasuah sukan - Bekas ketua antirasuah ICC
- Suara Keadilan

- Feb 4
- 1 min read

Malaysia dianggap antara negara paling serius dalam membanteras rasuah serta mengatur perlawanan dalam sukan.
Bekas Ketua Unit Antirasuah Kriket Global, Majlis Kriket Antarabangsa (ICC), Alex Marshall (gambar) dipetik laporan media berkata perundangan Malaysia khususnya berkaitan rasuah jauh lebih kukuh berbanding kebanyakan negara lain.
Usaha antirasuah itu ditambah pelaksanaan undang-undang jenayah yang ketat serta penguatkuasaan berkesan oleh badan sukan tempatan.
"Sebelum saya datang ke sini, saya meluangkan masa mengkaji fakta bahawa Malaysia sangat tegas dalam aspek antirasuah dan memiliki undang-undang yang baik mengenainya. Tidak semua negara mempunyai pendekatan seperti ini.
"Di kebanyakan negara lain, menyogok atlet bukanlah satu jenayah. Namun di Malaysia, peraturannya sangat baik dan ketat," katanya.
Marshall turut memuji peranan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) yang disifatkan konsisten dan tegas dalam memastikan pematuhan undang-undang negara serta peraturan kriket antarabangsa.
Sebagai perbandingan, Marshall berkata Sri Lanka hanya baru-baru ini memperkenalkan undang-undang berkaitan rasuah dalam kriket dan mula mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit, sedangkan Malaysia sudah lama mendahului dalam aspek berkenaan.









Comments