top of page

Malaysia terima tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025



Malaysia secara rasminya menerima tugas sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025.


Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone pada Jumaat menyempurnakan upacara simbolik serahan tugas itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di Vientiane.

Anwar melalui ucapan di majlis itu berkata, masa depan ASEAN mesti turut membabitkan Timor-Leste. Kemasukan negara itu dalam blok serantau ini jelasnya akan mengembangkan ekonomi rantau ini dan menyumbang kepada memenuhi visi besar ASEAN.


"Sambil mengukuhkan rantau ini secara dalaman, kita akan terus meneroka dan meluaskan perkongsian ekonomi kita di luar sempadan dan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN - Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Campur China pada 2025 akan mencapai matlamat ini.


"ASEAN tidak akan berputus asa dalam menjaga Asia Tenggara sebagai rantau yang aman, stabil dan makmur. Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya mengalu-alukan kedatangan anda semua. Selamat datang ke Malaysia," katanya.


Pada majlis sama, Malaysia turut memperkenalkan logo ASEAN Malaysia 2025 dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan".


Logo berkenaan memaparkan lambang ASEAN dalam kitaran berbentuk bunga raya, dengan warna yang mewakili warna utama bendera semua negara anggota ASEAN.


*Kredit foto: Amir Haziq/PMO

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page