Malaysia menerima komitmen RM170 bilion pelaburan dari pelabur China.
Perdana Menteri mengumumkan hal itu di hadapan ribuan pelabur dan ahli perniagaan China pagi ini. Beliau berkata pencapaian tersebut adalah tertinggi direkodkan dalam sejarah pelaburan China di Malaysia.
"Kita telah mencapai komitmen sebanyak RM170 bilion dan saya perlu berterima kasih kepada para pelabur kerana memberi kerjasama dan keyakinan kepada Malaysia.
"Ini adalah untuk masa depan Malaysia," katanya dipetik Astro Awani.
Jumlah pelaburan itu adalah hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China pagi tadi.
Antara syarikat terlibat merangkumi sektor perumahan, pembinaan, pendidikan, teknologi, pertanian, serta tenaga.
Pemeteraian memorandum berkenaan disaksikan oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan.
Hadir dalam persidangan adalah Menteri Perdagangan, Antrabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Menteri Pelancongan dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.
Comments