top of page

PM Anwar berjaya membuat Malaysia terima lebih RM8 bilion selesai pertikaian 1MDB



Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju membayar RM8.06 bilion (AS$1.8 bilion) kepada kerajaan Malaysia.


Dalam satu kenyataan media MOF memaklumkan bayaran itu akan dibayar melalui Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekali gus menamatkan pertikaian kedua-dua pihak di mahkamah berhubung skandal 1MDB.


"Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan 1MDB telah mencapai penyelesaian berhubung pertikaian dengan IPIC dan Aabar PJS berhubung prosiding undang-undang di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.


"Dalam hal ini, IPIC dan Aabar PJS telah bersetuju untuk membayar AS$1.8 bilion kepada Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan 1MDB.


"Dengan penyelesaian ini, Malaysia dan Abu Dhabi berharap untuk terus bekerjasama demi kemakmuran dan faedah ekonomi kedua-dua negara pada masa hadapan," kata kenyataan tersebut.


Kedua-dua pihak sebelum ini terbabit dalam pertikaian undang-undang di Mahkamah Tinggi London dengan dakwaan IPIC dan Aabar bersubahat dengan penipuan 1MDB.

Putrajaya mencabar penyelesaian timbang tara pada 2017 antara dua pihak di United Kingdom, mendakwa IPIC dan Aabar Investments sedar mengenai tuduhan penipuan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak ketika perjanjian berkenaan ditandatangani.


Kes di London itu adalah satu daripada beberapa siasatan lain melibatkan 1MDB di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat serta Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page