top of page

Wanita Malaysia terdedah kepada kekejaman, menteri pasif tertindak?

Updated: Mar 10, 2021



Dua insiden menyanyat hati yang menimpa wanita Malaysia pada waktu wanita seluruh dunia meraikan Hari Wanita minggu ini amat meruntun hati rakyat.


Kejadian pembunuhan seorang isteri akibat sikap cemburu suaminya di Johor dan kematian wanita di rumah sewanya di Kajang dengan kesan jerutan di leher tidak wajar terus belaku dalam masyarakat yang bertamadun.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr. Zaliha Mustafa, insiden-insiden ngeri ini menimbulkan persoalan sejauh manakah pembelaan ke atas wanita Malaysia telah dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPW).


"Tiada tindakan yang lebih mendesak dari Menteri mahupun Timbalan Menteri, yang menjaga kebajikan wanita yang merupakan kumpulan terbesar dalam demografi negara ini.


"Situasi yang meragut nyawa tidak cukup (ditanggapi) hanya dengan melahirkan rasa simpati, ia menuntut kepada penyelesaian yang lebih jitu kerana undang-undang jenayah yang sedia ada hanya terlaksana apabila pembunuh dikenalpasti dan didapati bersalah.

"Keselamatan dan nyawa walaupun seorang wanita tidak boleh dipertaruhkan hanya kerana ketidakcekapan menteri yang menjaga kemaslahatan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Dr Zaliha lagi, kedua-dua tempat kejadian pembunuhan ke atas wanita tersebut adalah di dalam rumah yang sepatutnya menjadi tempat selamat buat mereka.


Sehubungan itu, katanya kementerian KPW tidak harus bersikap pasif, sebaliknya proaktif dalam memikirkan langkah penyelesaian masalah secara tuntas.


"Kedua-dua kejadian belaku di rumah, tempat yang seharusnya seorang wanita merasa selamat dari segala bahaya apatah lagi dari suami yang sepatutnya memberi segala bentuk perlindungan kepada seorang yang bergelar isteri


"Oleh itu, dengan semangat Hari Wanita Sedunia ini saya #memilihuntukmencabar Menteri Datuk Seri Rina Harun untuk mengemukakan jalan penyelesaian yang lebih berkesan agar permaslaahan seperti ini dapat dibendung," katanya lagi.


Menurut beliau, sempena Hari Wanita dengan tema 'Memilih Untuk Mencabar', wanita Malaysia tidak seharusnya terus dijadikan mangsa dan mereka wajar mempersoalkan kerajaan tentang hak-hak berkehidupan dan jaminan keselamatan yang lebih baik.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page