top of page

Malaysia terbukti tapak subur untuk pelabur asing



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Kejayaan Malaysia menarik pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM329.5 bilion bagi tahun 2023 adalah rekod yang membanggakan bagi negara.


Kejayaan merealisasikan nilai pelaburan sebesar itu bukan saja memperlihatkan lonjakan 23% dari segi FDI, bahkan merupakan pencapaian paras tertinggi untuk sepanjang masa.


Dengan itu menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, komuniti pelaburan antarabangsa diseru melihat Malaysia sebagai sebuah destinasi modal dan pelaburan paling utama bagi mereka untuk terus menanam modal.


Ekonomi semakin kukuh


Menyampaikan ucaptama di Persidangan Invest Asean di Melbourne, Australia, Anwar mengetengahkan keyakinan mengenai ekonomi Malaysia yang semakin kukuh akan menjana lebih banyak pelaburan pada masa-masa akan datang.


Katanya selain prestasi ekonomi melonjak, prospek ringgit juga memperlihatkan perkembangan yang lebih baik pada tahun ini.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, petunjuk ekonomi utama menggariskan asas ekonomi Malaysia berada pada tahap kukuh dan bertambah baik, sekaligus menunjukkan daya tahan dan pertumbuhan yang stabil.


"Malaysia sudah kembali. Saya yakin dengan prospek ekonomi Malaysia pada masa depan.


"Pada 2023, kami merealisasikan lonjakan 23% dari segi pelaburan langsung yang diluluskan kepada paras tertinggi sepanjang masa iaitu sebanyak RM329.5 bilion.


"Kami yakin jumlah ini akan bertambah pada 2024, dengan manfaat yang semakin meningkat untuk rakyat, apabila pelaburan komited diterjemahkan kepada projek baharu, pekerjaan bergaji tinggi baharu, peluang baharu untuk pemindahan teknologi dan penambahan kemahiran dan peningkatan prospek untuk ringgit," katanya pada acara yang turut dihadiri pegawai peringkat ketua pegawai eksekutif itu.


Syarikat Australia kembangkan pelaburan


Selain itu, dalam pertemuan dengan lebih 20 syarikat terkemuka Australia di Melbourne pada Selasa pula, Anwar berkata, mereka berminat untuk melabur dan mengembangkan pelaburan sedia ada berjumlah RM24.5 bilion di Malaysia.


Jelasnya, antara syarikat Australia yang akan membawa potensi pelaburan tersebut ialah syarikat pengendali pusat data iaitu AirTrunk sebanyak RM11 bilion dan NextDC kira-kira RM3 bilion.


"Lynas pula berminat menambah pelaburan kira-kira RM1 bilion manakala syarikat lain yang berpotensi menambah pelaburan ialah Fortescue, Macquarie Group dan Arnott’s Group.


"Ini satu kemajuan yang membanggakan serta menunjukkan minat Australia dan keyakinan mereka terhadap dasar kita," tegas Anwar lagi.


Tidak dapat disangkal lagi, dengan semua angka-angka yang diumumkan itu, negara di bawah pimpinan PM Anwar bukan saja sedang berada di landasan betul, malah merupakan tapak yang sentiasa subur untuk pelabur asing menanam modal mereka.


Akhirnya, melalui peningkatan pelaburan asing itu, rakyat dan negara jugalah yang akan mendapat manfaat daripadanya.

________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page