Malaysia tawar biasiswa bantu bina semula Palestin - Fahmi
- Suara Keadilan

- Oct 9
- 1 min read

Kerajaan MADANI meneruskan komitmen solidariti terhadap rakyat Palestin apabila bercadang menawarkan biasiswa khas kepada lima pelajar Palestin bagi melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan rangkaian di Malaysia.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata inisiatif itu bertujuan membantu rakyat Palestin membangunkan semula infrastruktur komunikasi yang musnah akibat serangan berterusan rejim Zionis Israel di Gaza.
"Penghancuran sistematik terhadap prasarana di Gaza menuntut kita membantu dari segi kepakaran.
"Kerajaan bersetuju menyediakan biasiswa kepada lima rakyat Palestin untuk mendalami bidang kejuruteraan radio dan rangkaian di Malaysia," katanya dipetik.
Menurut Fahmi, pelaksanaan inisiatif tersebut akan dibincangkan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kedutaan Palestin di Malaysia.
Sementara itu jelas, Malaysia juga bersedia membantu membangunkan modul e-pembelajaran.
Ia susulan hasrat disuarakan Kedutaan Palestin agar Malaysia menggunakan pengalaman dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak di Gaza dan Tebing Barat.
"Saya akan minta MCMC bekerjasama dengan pihak berkaitan termasuk Kedutaan Palestin untuk merangka program khas demi memastikan anak-anak Palestin terus mendapat pendidikan," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.









Comments