top of page

Malaysia sokong gantung keahlian Israel di pertubuhan antarabangsa



Malaysia akan menyokong sebarang langkah untuk menekan negara Israel bagi menghukum puak Zionis yang terus menerus melakukan kekejaman ke atas rakyat Palestin.


Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis), Malaysia sebelum ini tanpa henti telah menyuarakan kecaman ke atas Israel di semua forum antarabanagsa seperti Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu, OIC, NAM dan sebagainya.


Malaysia juga katanya, menyokong sebarang usaha untuk menggantung keahlian Israel pada badan badan antarabangsa.


"Malaysia akan terus menyuarakan pandangan kita, hujah hujah kita, betapa masyarakat antarabangsa harus mengecam ke atas tindakan kejam zionis Israel ke atas rakyat Palestin.


"Malaysia juga akan mengambil peluang untuk menyuarakan suara kita di platform antarabangsa seperti di PBB, OIC, NAM, ASEAN dan termasuklah untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap Israel sehingga menggantung keahlian.


"Ini satu opsyen yang boleh kita suarakan di mana mana pertubuhan antarabanagsa, di mana Israel sebagai ahli pertubuhan tersebut," katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) di Dewan Rakyat sesi pagi yang bertanya apakah Malaysia akan menyokong usaha menggantung keahlian Israel di badan antarabangsa.


Di samping itu, kata Mohamad Alamin lagi, Malaysia juga akan terus mengambil bahagian membantu mana mana negara yang mengambil tindakan undang undang ke atas Israel sebagaimana yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).


"Kes itu kita akan berikan pandangan kita, supaya ICJ juga akan memberikan pandangan yang tegas ke atas Israel yang tidak berperikemanusiaan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page