top of page

Malaysia–Singapura perkukuh kerjasama atasi kesesakan trafik di sempadan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 21 minutes ago
  • 1 min read
PM Anwar bersama barisan Menteri dalam sidang media di penghujung permukiman pemimpin Mal - Spura
PM Anwar bersama barisan Menteri dalam sidang media di penghujung permukiman pemimpin Mal - Spura

Usaha menyelesaikan masalah kesesakan di pintu sempadan Johor–Singapura terus menjadi fokus utama dalam Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia–Singapura ke-12 yang berlangsung semalam.


Sehubungan itu, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, projek Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura (RTS Link) yang dijangka siap menjelang Disember tahun depan berada di landasan tepat, sekali gus akan membantu mengurangkan kesesakan harian di Tambak Johor.


"Sistem Transit Aliran Johor Bahru-Singapura (RTS Link) yang dijangka siap menjelang Disember tahun depan bakal mengurangkan kesesakan di Tambak Johor secara berkesan," katanya dalam muat naik di media sosial.


Selain itu, menurut beliau, Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Singapura sedang dalam perbincangan akhir bagi menambah baik Skim Teksi Rentas Sempadan serta perkhidmatan e-hailing supaya lebih memenuhi keperluan rakyat kedua-dua negara.


"Kementerian Pengangkutan kedua-dua negara juga dalam perbincangan akhir bagi menambahbaik Skim Teksi Rentas Sempadan dan perkhidmatan e-hailing bagi memenuhi keperluan rakyat kedua-dua negara dengan lebih baik," ujarnya.


Dalam sesi sama, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada Singapura atas sokongan kepada Program Sukarelawan Bahasa Inggeris MY-SG (MSEVP), sebuah inisiatif yang memberi manfaat kepada golongan belia serta menggalakkan pertukaran antara rakyat dan profesional kedua-dua negara.


"Saya rakamkan penghargaan kepada Singapura atas sumbangan terhadap Program Sukarelawan Bahasa Inggeris MY-SG (MSEVP) yang memberi tumpuan kepada golongan belia dan menggalakkan pertukaran antara rakyat serta kumpulan profesional," katanya.


Perdana Menteri menegaskan komitmen Malaysia untuk memastikan hubungan mesra dengan Singapura terus diperkuat demi kepentingan kedua-dua negara pada masa mendatang.


"Semoga hubungan persahabatan erat antara Malaysia dan Singapura terus diperkukuh demi kebaikan rakyat kedua-dua negara," tambah beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page