top of page

Malaysia semakin parah: PN salah guna kuasa, tangkap rakyat sesuka hati?


Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam penahanan dan kaedah soal siasat kontroversi ke atas beberapa ahli Armada Bersatu yang dipertikaikan sesetengah pihak baru-baru ini seharusnya membuka mata rakyat, bahawa Malaysia sedang bergerak ke arah ketidaktentuan hukum di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN).


Malah, tidak ramai yang tahu bahawa PN turut memberi tekanan kepada NGO Otai Reformasi. Pada 5 Jun lalu, Timbalan Presiden Otai, Mustapa Mansor telah didakwa di mahkamah kerana mendedahkan salah laku agensi kerajaan termasuk mendakwa penguatkuasa melindungi pendatang asing di Pasar Borong Selayang.


Mustapa mendakwa, tekanan demi tekanan kepada rakyat menunjukkan kerajaan PN menyalahgunakan kuasa demi menyekat suara rakyat.


"Apa yang terjadi sudah terbalik, sepatutnya yang ditangkap dan disiasat adalah orang yang dilapor tapi sekarang aktivis yang melaporkan pula ditangkap, ini petanda tidak sihat, nampaknya negara sudah kembali ke era Najib.


"Geng Tun Mahathir Mohamad pun kena kacau, begitu berani mereka langgar etika, langsung tidak hormat. Cara layanan begini menunjukkan mereka tiada rasa hormat pada rakyat bawahan," katanya menerusi video Youtube miliknya.


Mustapa turut meluahkan rasa kesalnya terhadap cara PN mempergunakan pihak berkuasa seperti polis demi agenda politik.


"Saya kesian dan marah ahli politik mempergunakan polis. Mereka hanya pegawai biasa dan gaji pun tidak besar tetapi mungkin mereka lebih ikhlas dan jujur.


"Pemerintah korup sudah tak boleh dibaiki, mereka menggunakan jabatan-jabatan kerajaan untuk kepentingan politik. Sebab itu reformasi mesti berlaku secara menyeluruh," katanya.


Mustapa juga menganggap rakyat mempunyai hak untuk bersuara dan menegur kerajaan jika berlaku sebarang salah laku dalam pentadbiran negara.


"Ini tanggungjawab sosial sebagai rakyat, kalau sayangkan negara kena tegur kerajaan. Takkan nak biarkan," katanya.


Justeru, Mustapa menggesa barisan pimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya mengambil alih kerajaan dengan segera sebelum keadaan negara menjadi lebih parah.


"Kalau mereka nak aktivis diam, aktivis akan dikenakan denda berpuluh ribu. Perkara ini akan terus berlaku dan tak mustahil ada di antara pemimpin PH akan masuk ke Sungai Buloh (terlebih) dahulu, bukan Najib.


"Jika PH benar-benar mempunyai sokongan yang cukup jangan tangguh lagi sebab kalau tangguh, Malaysia akan hancur.


"Ini stail penjajah, bukan kerajaan Melayu Islam. Mohon pimpinan PH segera ambil alih semula, selamatkan Malaysia. Kalau tidak semakin parah dan teruk mereka akan gunakan undang-undang untuk kepentingan politik," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page