top of page

Malaysia sedia sertai misi keamanan PBB di Gaza - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

PM Anwar bertemu Antonio Guterres sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur
PM Anwar bertemu Antonio Guterres sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur

Malaysia menyatakan kesediaan menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Gaza bersama negara-negara sehaluan, termasuk dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah disampaikan kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam pertemuan dua hala sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Ahad.


"Malaysia turut menegaskan pendirian teguh terhadap perjuangan Palestin, serta mengalu-alukan pendirian konsisten PBB dan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menegaskan bahawa sekatan rejim Israel terhadap bantuan kemanusiaan di Gaza melanggar undang-undang antarabangsa," katanya menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri.


Selain isu Gaza, kedua-dua pemimpin turut membincangkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam memudah cara rundingan damai Thailand-Kemboja, usaha dialog inklusif di Myanmar serta agenda perubahan iklim global menjelang Persidangan Pihak-Pihak ke-30 (COP30) di Brazil.


Anwar turut menzahirkan komitmen memperkukuh kerjasama Malaysia-PBB termasuk di bawah kerangka ASEAN-PBB, menyokong agenda reformasi PBB seperti Pact for the Future dan UN80 Initiative.


"Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan PBB dalam memperjuangkan keamanan, keadilan dan pembangunan mampan sejagat," tegas kenyataan itu.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page