top of page

Malaysia sedia kerjasama jayakan pelepasan karbon sifar bersih



Malaysia sedia kerjasama dengan negara ASEAN jayakan usaha pelepasan karbon sifar bersih.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak AtoZero Asean di Kuala Lumpur.


Katanya, selain bersama negara anggota ASEAN, Malaysia bersedia mencapai sasaran itu dengan kerjasama dengan peserta industri, pembiaya, dan usahawan teknologi.


Mengulas lanjut, Malaysia katanya perlu bekerja dalam kerangka ASEAN untuk berhasil dalam usaha menangani perubahan iklim, dan ASEAN yang mampan adalah penting ke arah mencapai Abad Asia.


"Semangat ASEAN yang luar biasa memastikan keamanan dan kemakmuran di kebanyakan wilayah sehingga kini mesti beralih ke arah menangani cabaran paling kewujudan pada masa depan, iaitu perubahan iklim dan usaha untuk peralihan tenaga yang adil," kata Nik Nazmi.


Abad Asia merujuk pengaruh atau kuasa besar yang dijangka beralih ke negara-negara Asia pada abad ke-21 susulan ekonominya berkembang pesat dan demografi penduduk belia melebihi wargta tua.

Sidang kemuncak AtoZero semalam ialah acara kemuncak Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023 .


Ia mengetengahkan kalangan pembuat keputusan utama yang meneroka kaedah, dasar dan peluang perniagaan untuk memacu agenda peralihan kepada pelepasan karbon sifar bersih global.


Sementara itu Nik Nazmi berkata menjelang 2040, Pusat Tenaga ASEAN menganggarkan pelepasan karbon dioksida boleh meningkat sebanyak 147 peratus berbanding paras pada 2017 menjadikan Asean antara yang paling rentan di rantau Asia kepada perubahan iklim.


"ASEAN sebagai sebuah rantau boleh kehilangan 37.4 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) semasa pada 2048 jika mitigasi perubahan iklim tidak dilaksanakan," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page