top of page

Malaysia sedia hantar pasukan penyelamat ke Maghribi



Malaysia sedia menghantar pasukan penyelamat bagi misi bantuan ke Maghribi yang dilanda gempa bumi pada Jumaat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedih dengan tragedi itu menyampaikan rasa simpati Malaysia kepada mangsa dan ahli keluarga mereka yang terjejas akibat gempa tersebut.


"Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada mereka," katanya dalam status dimuat naik di laman X yang dahulu dikenali sebagai Twitter pada Ahad.


Semalam pihak berkuasa Maghribi memaklumkan lebih 2,000 mangsa terkorban dalam gempa yang disifatkan terburuk itu.


Gempa bumi dengan magnitud 6.8 pada lewat Jumaat itu melanda kawasan pergunungan kira-kira 72 kilometer di barat daya bandar pelancongan Marrakesh.


Pihak berkuasa negara itu telah mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari dengan anggota tentera dan perkhidmatan kecemasan dihantar ke kampung terjejas bagi mencari mangsa yang masih terperangkap.


Sementara itu Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan Wisma Putra terus memantau keadaan rakyat Malaysia di Maghribi susulan gempa bumi yang melanda negara itu pada Jumaat.


"Sehingga kini, kita mendapati tiada rakyat Malaysia yang terkorban atau cedera. Walau bagaimanapun saya telah arahkan Wisma Putra memantau berterusan.


"Kita nak tahu asal siasatan lanjutan runtuhan bangunan yang ada, tetapi buat masa ini rakyat Malaysia tidak terlibat dalam jumlah terkorban atau tercedera," katanya.


Zambry turut memaklumkan setakat ini pihak Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi sedang mendapatkan maklumat mengenai jenis bantuan perlu dihantar Malaysia ke negara itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page