top of page

Malaysia sedaya upaya perjuangkan penderitaan rakyat Palestin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Malaysia, khususnya Menteri Luar dan kementeriannya telah berusaha sedaya upaya menyuarakan pendirian negara dengan tegas berhubung isu ketegangan politik di Timur Tengah, terutamanya konflik kemanusiaan yang berterusan di Gaza.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata, Malaysia merupakan antara negara yang berpendirian tegas dalam sidang Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta dalam pertemuan bersama Liga Arab dan OIC.


''Di pihak Malaysia, tentunya saya terbuka terhadap nasihat-nasihat daripada Ahli Parlimen.. apa lagi yang perlu kita lakukan?


''Dari segi suara, kelantangan, bantuan kemanusiaan serta hubungan di peringkat nasional dan peribadi, saya dan Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) telah menyuarakan pendirian Malaysia kepada hampir semua negara yang berkaitan.


''Namun tuntutan-tuntunan (sebelum ini) masih belum memberi kesan yang diharapkan.. pembunuhan dan keganasan terus berlaku.. segala yang mampu kita lakukan telah pun diusahakan,'' katanya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun menjawab pertanyaan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu pelan tindakan jangka pendek dan panjang Kerajaan dalam menghadapi ketegangan geopolitik di Timur Tengah khususnya dalam memastikan kepentingan Malaysia terus terpelihara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page