top of page

Malaysia-S'pura: Cadang isu berbangkit selesai sebelum Sesi Permukiman Tahunan Pemimpin



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap isu berbangkit antara Malaysia dan Singapura dapat diselesaikan sebelum Sesi Permukiman Tahunan Pemimpin dua hala yang bermula pada penghujung tahun ini.


Menerusi sidang media bersama rakan sejawatnya Lawrence Wong, Anwar berkata perbincangan ini termasuk isu perjanjian air Malaysia-Singapura, ruang udara dan sempadan laut.


"Jika ditanya mengenai garis masa untuk diselesaikan sepatutnya isu ini telah selesai semalam, tetapi kami memahami kerumitan dan menghargai keperluan untuk menyelesaikannya secara baik.


"Walaupun terdapat beberapa perbezaan kecil, tidak seharusnya menghalang kita daripada meneroka peluang baharu dan mengukuhkan kerjasama dua hala.


"Namun isu ini jelas perlu diselesaikan kerana tiada jalan lain dan sebagai negara jiran saya yakin masalah ini dapat diselesaikan," katanya semasa sidang media bersama Malaysia-Singapura di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini


Dalam pada itu, Wong menzahirkan penghargaannya kepada Perdana Menteri atas kesudian menjemput delegasi Singapura bagi mengukuhkan hubungan dua hala.


Dalam lawatan sulungnya sebagai pemimpin nombor satu Singapura, Wong berkata, Anwar Ibrahim adalah pemimpin terawal yang mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Singapura.


Wong tiba di Malaysia untuk lawatan kerja dua hari bermula semalam selepas dilantik sebagai perdana menteri republik itu pada 15 Mei lalu.


Ketibaan Wong bersama isterinya Loo Tze Lui di kediaman rasmi perdana menteri di Kompleks Seri Perdana pada jam 1 tengah hari disambut oleh Anwar, sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan perjumpaan empat mata.


Lawatan ini menekankan komitmen bersama Malaysia dan Singapura dalam mengukuhkan hubungan yang lama terjalin dan sebagai persediaan bagi sesi Pemukiman Tahunan Pemimpin yang akan dianjurkan oleh Malaysia hujung tahun ini.


Pada 2023, Malaysia dan Singapura masing-masing rakan dagang kedua terbesar di peringkat global serta terbesar dalam kalangan negara Asean dengan jumlah dagangan bernilai RM363.13 bilion (AS$79.60 bilion).


*Kredit foto: Sadiq Asyraf

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page