top of page

Malaysia, Rusia cari titik temu demi masa depan lebih aman, makmur

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Perbincangan PM Anwar-Presiden Putin membuka lembaran lebih luas kerjasama antara Malaysia-Rusia
Perbincangan PM Anwar-Presiden Putin membuka lembaran lebih luas kerjasama antara Malaysia-Rusia

Oleh: Helmi Mohd Foad


Malaysia dan Rusia terus berusaha mencari titik pertemuan demi masa depan yang lebih aman dan makmur dengan penegasan diberikan bahawa negara ini kekal berpegang kepada konsep multilateralisme dalam dalam mendepani isu geopolitik.


Selaras dengan pendirian itu, Malaysia menyambut baik usaha memperluas dagangan dua hala serta menarik pelaburan baharu dari Rusia terutamanya dalam sektor bernilai tinggi seperti aeroangkasa, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata, beliau telah membincangkan secara menyeluruh mengenai kerjasama pelbagai bidang bersama Presiden Vladimir Putin di Kremlin semalam termasuk sektor perdagangan, pendidikan, tenaga, teknologi digital, pertahanan dan keselamatan siber.


"Pertemuan saya dengan Presiden Putin di Kremlin semalam berlangsung dalam suasana yang cukup bermakna membabitkan dua negara yang terus mencari titik temu demi masa depan yang lebih aman dan makmur," katanya dalam muat naik terbaharu di Facebook.


Anwar berkata beliau menyatakan penghargaan atas layanan yang sangat baik sepanjang lawatan rasminya ke negara itu.


"Rusia bukan sekadar sebuah kuasa besar, tetapi sebuah peradaban yang kaya dengan sejarah perjuangan, budaya, sastera dan seni.


"Kekaguman saya terhadap Rusia lahir bukan hanya dari hubungan diplomatik, tetapi daripada pemahaman terhadap ketabahan rakyatnya," katanya.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bagi memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara, Malaysia mahu syarikat penerbangan Rusia termasuk Aeroflot menyambung semula laluan terus ke Kuala Lumpur sesegera mungkin bagi merancakkan pelancongan dan pertukaran budaya.


"Saya turut mengangkat potensi besar hubungan antara rakyat termasuk pertukaran pelajar, biasiswa, pengembangan program pengajian Melayu, serta kerjasama TVET dan sains teknologi," katanya.


Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi ASEAN menyatakan kepada Rusia tentang pendirian konsisten Malaysia dan ASEAN dalam mendepani isu geopolitik dengan menolak tindakan unilateral dan berpegang pada kepusatan pertubuhan serantau itu.


"Prinsip kedaulatan, integriti wilayah dan penyelesaian secara aman adalah asas utama dalam dasar luar Malaysia dan negara serantau," tegas beliau.


Anwar turut menyatakan kepada Putin bahawa Malaysia akan terus memainkan peranan yang berprinsip dalam kerangka multilateralisme.


"ASEAN dan negara-negara Selatan Global perlu diberi ruang untuk menentukan hala tuju sendiri, tanpa dipaksa untuk memihak dalam persaingan kuasa besar," jelas beliau.


Sementara itu, Anwar turut rakamkan penghargaan kepada Presiden Putin atas sokongan terhadap hasrat Malaysia menyertai BRICS kerana percaya blok ekonomi dianggotai Brazil, Rusia, India dan China itu mampu menjadi saluran baharu untuk kerjasama pembangunan lebih adil dan seimbang bagi negara-negara membangun.


"Di akhir pertemuan, saya menjemput Presiden Putin untuk berkunjung ke Malaysia sama ada dalam masa terdekat atau sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.


"Kehadiran beliau akan menjadi pemangkin penting ke arah hubungan dua hala dan kerjasama serantau yang lebih utuh," ujar beliau.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page