top of page

Malaysia raih skor negara pendahulu pembangunan telekomunikasi global



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dalam penerbitannya berhubung Indeks Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 2023 (IDI 2023) meletakkan Malaysia dalam kalangan pendahulu bagi pembangunan telekomunikasi di pentas global.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Malaysia telah meraih skor sebanyak 94.5 daripada jumlah keseluruhan 100 mata, melepasi skor purata global iaitu 72.8 mata.


Beliau berkata perkara itu menunjukkan pencapaian cemerlang ke arah mencapai sasaran Kesalinghubungan Sejagat dan Bermakna (Universal and Meaningful Connectivity).


"Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk merealisasikan kesalinghubungan sejagat dan bermakna buat semua rakyat Malaysia, dengan keterangkuman sebagai pemacu utama dalam memastikan perkhidmatan komunikasi adalah merata (ubiquitous)," katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.

Fahmi berkata analisis ke atas laporan tersebut menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ke-15 dunia dan ketiga di rantau ASEAN.


Indeks IDI 2023 merangkumi 10 indikator antaranya melaporkan bahawa Malaysia telah hampir mencapai liputan sejagat bagi rangkaian mudah alih 4G/LTE, langganan jalur lebar mudah alih yang tinggi serta harga yang lebih rendah untuk perkhidmatan jalur lebar tetap dan mudah alih.


Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam kenyataan berkata Malaysia turut merekodkan kadar penggunaan Internet, pemilikan telefon bimbit dan trafik internet yang tinggi.


"Kesemua pencapaian berkenaan jelas menunjukkan akses yang mapan kepada perkhidmatan digital serta penglibatan digital secara meluas di Malaysia," ujarnya.


Tambahnya dengan sokongan padu dan kerjasama pelbagai pihak, pelaksanaan infrastruktur digital telah dipercepat dengan penerimagunaan Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) oleh kerajaan-kerajaan negeri serta penubuhan Jawatankuasa Penyeragaman Kos Caj dan Fi Pembangunan Infrastruktur Komunikasi yang diluluskan oleh Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM).


"Sokongan semua pihak berkepentingan telah membolehkan SKMM memajukan perancangan dan pelaksanaan liputan 5G dan satelit bagi menangani cabaran kesalinghubungan di kawasan pedalaman dan terpencil.


"Setakat 31 Disember 2023, pelaksanaan 5G di Malaysia telah mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page